300 Cawangan Halal Mart

Share

HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) berhasrat mewujudkan 300 cawangan Halal Mart di seluruh negara menjelang tahun 2015. Sebelum ini, sejak HPA ditubuhkan pada tahun 1997, HPA hanya membuka cawangan berbentuk kaunter jualan.

Sehubungan itu, HPA membuka peluang kepada 650,000 ahlinya ketika ini untuk membuka perniagaan peruncitan dengan jumlah modal RM50,000 bagi satu premis.

HPA juga mensasarkan akan memperolehi jualan produk sebanyak RM20juta sebulan dalam tempoh terdekat. HPA mempunyai lebih 200 produk dengan produk utama seperti Kopi Radix, Radix Koko, sabun pembasuh Freesia dan penapis air Dew.

HPA mempunyai kekuatan panel syariah sendiri dan memperjuangkan produk halal dan suci (halalan toyyiban). Selain itu, HPA menganjurkan program ilmu bagi mengajar ahli-ahli supaya beralih kepada herba dan bahan harian bebas kimia iaitu organik. HPA juga membeli sebuah bangunan di Seksyen 13 Shah Alam setinggi 12 tingkat pada harga RM54juta untuk dijadikan HPA International Center (HIC).

Post ini telah menerima 392 views sejak dikeluarkan pada 10:44 AM, Thursday, 6th May 2010
Category: Artikel Tags:
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe. Atau anda boleh juga belanja saya PayPal. Klik Donate.



Anda mungkin belum baca post ini

Dah baca, tinggalkan komen anda disini