Profil HPA

Objektif Syarikat

Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

Motto Syarikat

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Visi Syarikat

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.

HPA komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

Misi Syarikat

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.

HPA juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

Profil Syarikat

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1.

Sumber daripada http://hpa.com.my

Post ini telah menerima 586 views sejak dikeluarkan pada 12:00 AM, Wednesday, September 9th, 2009
Category: Umum Tags:
Bagaimana cara jana pendapatan dengan HPA?
1. Jadi ahli dengan bayaran RM30 disini
2. Promosikan link website anda
3. Gunakan produk-produk HPA
4. Terima bonus setiap bulan dari HPA

Anda mungkin belum baca post ini

Sebarang persoalan tentang HPA