Pertandingan Paintball Robot

January 6th, 2010  Posted at   Umum

Bermain Paintball semestinya seronok. Namun bukan semua orang sudah merasai permainan Paintball termasuklah saya. Tetapi terdapat cara lain bermain Paintball secara kreatif dan juga seronok dengan bermain Paintball menggunakan robot. Buat pertama kali, Malaysia University Robot Competitions (MURoC) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan pertandingan robot yang dinamakan Paintball Robot. Selain itu, pertandingan lain adalah Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.

Paintball Robot adalah permainan yang diasaskan daripada permainan paintball sebenar. Permainan ini menggunakan robot kawalan jauh atau robot manual. Robot Paintball dikawal menggunakan remote secara wireless atau tanpa wayar. Permainan ini memerlukan robot yang boleh menembak menggunakan pistol paintball dan mengambil bendera pertandingan.

Fire Fighting Robot pula diasaskan dengan anggapan seorang bomba memasuki sebuah rumah untuk menyelamatkan mangsa dan memadamkan kebakaran. Robot yang dibina perlu melalui dinding-dinding, kemudian mengutip bola ping pong dan memadamkan api lilin dalam masa 3 minit.

Gambar diatas adalah gambar Paintball Robot dan Fire Fighting Robot. Robot ini di bina pasukan UiTM. Mereka adalah rakan junior saya. Paintball Robot tersebut menggunakan omni wheel yang digerakkan oleh 4 buah Vexta Brushless DC Motor, produk daripada Oriental Motor. Controllernya menggunakan Interface Free Controller (IFC), produk daripada Cytron Technologies.

Fire Fighting Robot pula menggunakan microcontroller PIC16F877A, dengan interface beberapa buah DC Motor, 16X2 Character LCD, Infrared Sensor dan Analog Distance Sensor.

Di bawah adalah video persembahan MURoC 2010 yang saya download daripada website penganjur.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Sekitar MURoC 2012
  • Sekitar MURoC 2011
  • Sekitar Freescale Cup 2011
  • Pertandingan Robocon
  • Sekitar Robocon 2011 Malaysia

5 komen untuk Pertandingan Paintball Robot

  1. 1. Komen dari bloginformasi pada 6:56 AM, 8th January 2010

    Wah first time baca robot boleh main paintball. Thanks for the info. :)

  2. 2. Komen dari uzair pada 3:07 PM, 11th January 2010

    saya sempat untuk tengok robot yang di buat oleh student uitm tu :) berminat untuk mendalami kajian tentang robot tu dan berharap dapat menghasilkan robot yang sama…

  3. 3. Komen dari igor pada 1:17 AM, 10th July 2011

    saya amat meminati tetang teknologi ini kerana pekara ini berasaskan sains yang memerlukan banyak kombinasi yang teperinci terutama sekali membina robot ini^-^.Ini sahaja komen saya dan saya akan menyokong dalam bidang ini.Bye^-^

  4. 4. Komen dari bee ngiam pada 1:06 AM, 8th March 2012

    hi fren , do you have photo bout fire fighting robot 2012 Uitm??

  5. 5. Komen dari Shahrul pada 10:29 AM, 8th March 2012

    bee ngiam, yes here.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini