Pertandingan Robocon 2009

Robocon adalah satu pertandingan robot di kalangan pelajar universiti, kolej dan politeknik di dalam rantau Asia-Pasifik. Pertandingan ini di mulakan pada tahun 2002 dan di anjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Tujuan pertandingan ini untuk mengeratkan persahabatan di kalangan golongan muda yang mempunyai minat sama dan bakal memimpin di abad 21. Robocon di adakan setiap tahun dengan beberapa negara ahli ABU di pilih untuk menjadi tuan rumah. Setiap kali Robocon, terdapat tema tersendiri yang di pilih oleh tuan rumah.

Pertandingan Robocon terbaru telah berlangsung pada Ogos 2009 di Tokyo, Jepun dengan tema Travel Together for the Victory Drums. Robocon 2009 telah di menangi oleh Harbin Institute of Technology dari China. Berikut adalah video final Robocon 2009 Tokyo.

Berikut adalah pertandingan-pertandingan Robocon yang lepas.

Tahun Tuan Rumah Tema
2002 Tokyo, Jepun Reach for the Top of Mt. Fuji
2003 Bangkok, Thailand Takraw Space Conqueror
2004 Seoul, Korea Selatan Reunion of Separated Lovers, Gyeonwoo & Jiknyeo
2005 Beijing, China Climb on the Great Wall Light the Holy Fire
2006 Kuala Lumpur, Malaysia Building the World’s Tallest Twin Tower
2007 Hanoi, Vietnam Halong Bay Discovery
2008 Pune, India Touch the Sky
2009 Tokyo, Jepun Travel Together for the Victory Drums

Post ini telah menerima 716 views sejak dikeluarkan pada 6:47 AM, Tuesday, 1st September 2009
Category: Umum Tags: , , ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda. Masukkan e-mail anda dan klik subcribe


Anda mungkin belum baca post ini

12 komen untuk Pertandingan Robocon 2009

  1. Komen dari Lizz pada 12:38 PM, 2nd September 2009

    sker tgk mende alah ni kalo ade kat tv dulu2.hehehe,teruje woo

  2. Komen dari Shahrul pada 12:58 PM, 2nd September 2009

    Klu tgk tu teruja, buat nya lg teruja.
    Dulu wat ni smpi berfikir dlm kelas ataupun ponteng je klas sbb robocon ni.

  3. Komen dari boboiz pada 4:27 PM, 3rd September 2009

    kat utem pon ada gak bende nie…?

  4. Komen dari Shahrul pada 4:35 PM, 3rd September 2009

    UTEM pun ada masuk robocon. tgk http://www.robofest.org.my

  5. Komen dari zool pada 6:46 PM, 3rd September 2009

    Tahniahlah UTEM pun masuk..
    Baguslah Prof Bakar..

  6. Komen dari mantra pada 4:21 PM, 5th September 2009

    Salam tuan punya blog,

    wa seronoknya bile tengok ada blog engineering kat sini. Bro Robocon UTEM ke? Saya Robocon UTP. Mungkin kita dibawah satu bumbung waktu pelawanan hari tu :)

    Salam kenal bro

  7. Komen dari naz pada 5:19 PM, 5th September 2009

    woah,robocon minat gak skit =)

  8. Komen dari Shahrul pada 10:12 PM, 5th September 2009

    mantra, aku dulu robocon UiTM tahun 2006, 2007, 2008.

  9. Komen dari mantra pada 10:34 PM, 5th September 2009

    Tengok International punya Robocon ni rasa macam kita ketinggalan jauh je kan..

  10. Komen dari Shahrul pada 11:13 PM, 5th September 2009

    mmg btl, gempak betul dia org. China bleh wat kurang dari 20 seconds. mmg respect.

  11. Komen dari mantra pada 11:24 PM, 5th September 2009

    Kalau upah cytron agak-agak boleh lawan ke diorang tuh :p

  12. Komen dari Shahrul pada 11:48 PM, 5th September 2009

    X tau la, Cytron bleh buat lg hebat ke x?
    tp x feel la kita nk upah2. Best buat sendiri, byk boleh explore. Baru rasa puas.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini