PIC Lesson: ADC Module

ADC bermaksud Analog To Digital Converter. ADC Module adalah fungsi dalam PIC yang membolehkan PIC membaca analog input. Oleh itu, sistem design tidak memerlukan chip tambahan untuk menukarkan analog voltage kepada digital. ADC Module di dalam PIC akan menukarkan analog voltage tersebut kepada digital dan disimpan didalam addressnya.

Analog input hanya terdapat di beberapa pin PIC sahaja. Untuk PIC 28pin, mempunyai 5 analog input dan PIC 40/44pin mempunyai 8 analog input. Antara address-address yang terlibat untuk ADC Module adalah A/D Result High Register (ADRESH), A/D Result Low Register (ADRESL), A/D Control Register 0 (ADCON0) dan A/D Control Register 1 (ADCON1).

ADC Module mempunyai high-voltage reference (VREF+) dan low-voltage reference (VREF-). Nilainya boleh dipilih daripada VDD, VSS, RA2 atau RA3. ADC Module akan membaca voltage pada salah satu antara Channel 0-7 (AN0-AN7).

Selepas ADC Module menukarkan analog voltage, ia akan menyimpan 10bit data di address ADRESH dan ADRESL dalam bentuk 10bit. Hasilnya bergantung kepada justification sama ada disimpan di bahagian kanan atau kiri.

Berikut adalah contoh program PIC untuk membaca analog voltage. Saya memaparkan nilai voltagenya, kemudian nilai digitalnya dalam bentuk binary dan decimal. Saya padamkan backlight LCD apabila mencapai nilai maximum.

Dibawah adalah videonya.


Post ini telah menerima 4,735 views sejak dikeluarkan pada 10:08 AM, Thursday, 31st December 2009
Category: PIC Lesson Tags:
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

15 komen untuk PIC Lesson: ADC Module

Pages: [2] 1 » Show All

  1. 15. Komen dari halimzainuddin pada 10:43 PM, 6th June 2011

    Terima kasih.. Masalah dpt diatasi..
    Sy menukarkan ADG0 kepada GO..

  2. 14. Komen dari Shahrul pada 4:59 PM, 6th June 2011

    ws, halimzainudin.
    Masalah tersebut kerana berbeza Hi-Tech version. Ada version yg declare dgn nama lain. Kalau nak check, cuba search file pic.h, kemudian lihat define file pic yang digunakan. Nama lain misalnya gantikan ADGO kpd GODONE.

  3. 13. Komen dari halimzainudin pada 1:12 PM, 6th June 2011

    Salam.. Sy cuba compile source code, tetapi ada error apabila MPLAB mambaca “ADG0″.
    Adakah sy tidak setting MPLAB dgn betul atau ada fail yg tercicir?

  4. 12. Komen dari Shahrul pada 8:55 PM, 9th March 2011

    ws, yui. Nak sambungkan 7 segment tgk Lesson 7 Segment.

  5. 11. Komen dari yui pada 8:15 PM, 9th March 2011

    assalamualaikum, mcm mne nk sambungkan ADC dengan 7segments ye?

Pages: [2] 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini