ADC bermaksud Analog To Digital Converter. ADC Module adalah fungsi dalam PIC yang membolehkan PIC membaca analog input. Oleh itu, sistem design tidak memerlukan chip tambahan untuk menukarkan analog voltage kepada digital. ADC Module di dalam PIC akan menukarkan analog voltage tersebut kepada digital dan disimpan didalam addressnya.
Analog input hanya terdapat di beberapa pin PIC sahaja. Untuk PIC 28pin, mempunyai 5 analog input dan PIC 40/44pin mempunyai 8 analog input. Antara address-address yang terlibat untuk ADC Module adalah A/D Result High Register (ADRESH), A/D Result Low Register (ADRESL), A/D Control Register 0 (ADCON0) dan A/D Control Register 1 (ADCON1).

ADC Module mempunyai high-voltage reference (VREF+) dan low-voltage reference (VREF-). Nilainya boleh dipilih daripada VDD, VSS, RA2 atau RA3. ADC Module akan membaca voltage pada salah satu antara Channel 0-7 (AN0-AN7).

Selepas ADC Module menukarkan analog voltage, ia akan menyimpan 10bit data di address ADRESH dan ADRESL dalam bentuk 10bit. Hasilnya bergantung kepada justification sama ada disimpan di bahagian kanan atau kiri.

Dibawah adalah videonya.
pizi, nak baca 3 analog
sensor1=read_a2d(0);
sensor2=read_a2d(1);
sensor3=read_a2d(2);
cmne nk buat coding kalau kita ade 3 analong input..
blh terang x?
fatimah, setting ADCON0, ADCON1 boleh lihat bit dan table di atas atau lebih lanjut di datasheet. Setting tu right justify, all analog input.
ADCON0=0b00000001;
ADCON1=0b10000000;
ADCON0=(ADCON0&0xC7)|(channel<<3);
boleh tak terang macam mana nak set ni?
fatimah, ni LCD 20X4. Program sama je dgn LCD 16X2.
nak tanya, lcd ni jenis apa?
Nak program LM35, baca je analog voltage. Pastu calibrate suhu mengikut datasheetnya. Daripada nilai ADC, boleh buat range untuk nyalakan mana2 LED.
salam.. saya nak tnya ttg coding tok PIC16F877 using LM35.
1.coding juz nak detect temperature.
2.use 3 led,green(detect normal temp) yellow (berjaga2) n red(bahaya).
3. each led ada tahap temp yg dia detect,green(80).
car-tok, agak susah nak terangkan dgn tulisan, kena dgn percakapan. Kalau nak fahamkan tu, kene baca datasheet PIC16F877A, datasheet LCD dan buat program banyak2 kali.
minta maaf..boleh x saudara terangkan sedikit pasal code2 ni..sy paham jalan kerjanya..tp bile nak buat coding balik…xboleh.
terima kasih atas perhatian saudara