PIC Lesson: ADC

December 31st, 2009  Posted at   Lesson PIC
arrow   |   44 Commentsarrow

ADC bermaksud Analog To Digital Converter. ADC Module adalah fungsi dalam PIC yang membolehkan PIC membaca analog input. Oleh itu, sistem design tidak memerlukan chip tambahan untuk menukarkan analog voltage kepada digital. ADC Module di dalam PIC akan menukarkan analog voltage tersebut kepada digital dan disimpan didalam addressnya.

Analog input hanya terdapat di beberapa pin PIC sahaja. Untuk PIC 28pin, mempunyai 5 analog input dan PIC 40/44pin mempunyai 8 analog input. Antara address-address yang terlibat untuk ADC Module adalah A/D Result High Register (ADRESH), A/D Result Low Register (ADRESL), A/D Control Register 0 (ADCON0) dan A/D Control Register 1 (ADCON1).

ADC Module mempunyai high-voltage reference (VREF+) dan low-voltage reference (VREF-). Nilainya boleh dipilih daripada VDD, VSS, RA2 atau RA3. ADC Module akan membaca voltage pada salah satu antara Channel 0-7 (AN0-AN7).

Selepas ADC Module menukarkan analog voltage, ia akan menyimpan 10bit data di address ADRESH dan ADRESL dalam bentuk 10bit. Hasilnya bergantung kepada justification sama ada disimpan di bahagian kanan atau kiri.

Dibawah adalah videonya.

PIC Source Code

44 Responses to “PIC Lesson: ADC”

  1. Bella says:

    Assalam abg shahrul. sy dah dpt solve hari 2 punye problem. cume kene tambah delay jek. Cme nk tanya. Knape ye kalau saya cabut usb programmer tu, dia dah xdisplay dah adc value kt LCD tu. sedangkan saya x ttup pun MCLR target kt MPLAB tu. Boleh bantu x? trima kasih banyak2

  2. Bella says:

    Salam abg shahrul. Saya cbe buat program utk bace nilai adc. gune potentiometer 5k. PIC16f877a. dan LCD 2×16. tp bila saya run. di LCD tu, die keluar character cmni. Cc##?###…. lebih kurang cm2 la. saya vary potentiometer, die kluar character lain pulak. sbg pro, ada suggestion x? (:
    tq.

  3. A says:

    Assalam. y dont u provide the source code? i believe a lot of people would like to know and that will be the good lesson. Plus, if they want to modifiy the code, its all up to them. u have a talent to do a source which not many people having it. So lets just share. Our community cannot be developed if ppl dont want to share.

  4. mona says:

    blh x encik shahrul tlg bg 1 contoh program ADC ke LEDs. minta tolong.

  5. mona says:

    Maaf. Saya ingin bertanya. Video di atas bit by bit and show on LCD. Bagaimana pula kalau saya ingin buat program ADC juga tetapi output pada LEDs (8 LEDs, bit by bit). Terima Kasih. Semoga En Shahrul di murahkan rezki kerana sifat anda yg suka membantu :)

  6. darimi89 says:

    salam..

    En.Shahrul ..adakah connection antara PIC dgn LCD utk programming d’atas sama dgn connection yg d’tjkkan d’dlm PIC:lesson LCD HD44780??

Leave a Reply

What is 11 + 7 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)