PIC Lesson: DC Motor

August 30th, 2010  Posted at   Lesson PIC
, arrow   |   82 Commentsarrow

DC Motor adalah motor elektrik yang menggunakan arus terus (DC – Direct Current). DC Motor mempunyai dua terminal sahaja. Motor akan berpusing apabila dua terminal tersebut diberikan voltan mengikut keperluannya misalnya 12V. Arah pusingannya pula bergantung kepada polarity bekalan.

Bagi mengawal DC Motor menggunakan microcontroller, H-bridge driver digunakan. H-bridge driver contohnya L293 atau L298. L298 adalah untuk kegunaan arus motor yang lebih tinggi. Dengan driver ini, terdapat dua input yang membolehkan mengawal arah pusingan motor sama ada pusingan jam ataupun lawan pusingan jam. Juga terdapat input enable yang membolehkan mengawal kelajuan motor dengan memberikan PWM kepada pin tersebut. Di bawah adalah litar DC Motor menggunakan L298.

Kelajuan motor diukur dalam revolutions perminute (rpm) ataupun bilangan pusingan dalam satu minit. Bagi mengira pusingan per minit, encoder bersama dengan infrared sensor digunakan. Encoder adalah plate yang mempunyai bilah yang diletakkan supaya berpusing bersama shaft motor. Infrared akan membaca bilah-bilah tersebut untuk menghasilkan pulse. Ianya bergantung kepada bilangan bilah encoder tersebut.

Misalnya, saya menggunakan encoder yang mempunyai 8 bilah. Oleh itu, 1 pusingan motor akan menghasilkan 8 pulse. Bagaimana ingin menukarkan kepada unit rpm.

Di dalam program PIC, tetapkan jangka masa untuk mengira bilangan pulse. Misalnya dalam jangka masa 0.5 saat. Di dalam masa 0.5s, apabila motor berpusing akan menghasilkan x bilangan pulse. Pengiraan rpm adalah seperti rumus di bawah.

Berikut adalah videonya.

PIC Source Code

82 Responses to “PIC Lesson: DC Motor”

  1. Muhammad Azim says:

    Assalamualaikum

    Boleh x explain mengenai dc motor with back emf

    Sekian

Leave a Reply to atikah

What is 12 + 11 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)