PIC Lesson: RFID Reader

November 12th, 2010  Posted at   PIC Lesson

RFID adalah singkatan bagi Radio Frequency Identification. RFID adalah teknologi untuk mengesan atau membaca data objek melalui frekuensi radio. Sistem RFID mempunyai dua bahagian iaitu RFID Tag dan RFID Reader.

Di atas adalah salah satu RFID Reader, modelnya RFID-IDR-232N. RFID Reader ini menggunakan komunikasi RS232 dengan baudrate 9600. Oleh itu, sambungan RFID Reader ke PIC melalui MAX232.

Hanya UART RX digunakan kerana PIC tidak menghantar apa-apa data ke RFID Reader. Hanya RFID Reader yang  menghantar data ke PIC. RFID-IDR-232N membaca ID daripada RFID Tag sehingga jarak 2cm dengan 0.1s response time. RFID-IDR-232N kemudian menghantar 12 byte data. Byte pertama adalah ‘Start of Heading’ (0×01), diikuti sepuluh byte ID dan kemudian satu byte ‘Start of Text’ (0×02). Di bawah adalah contoh program membaca Kad RFID dan paparkan di Character LCD.

Berikut adalah videonya.

Anda mungkin belum baca post ini

  • chipKIT Lesson: UART
  • SKPIC32
  • Cytron Crazy Sale 2011
  • PICuno Equo
  • PIC Lesson: Modbus

96 komen untuk PIC Lesson: RFID Reader

Pages: [10] 9 8 7 6 5 4 3 2 1 » Show All

  1. 96. Komen dari Shahrul pada 4:46 PM, 20th April 2012

    Daulah, susunan kaki lukis mcm tu untuk mudahkan lukis schematic, supaya senang nak susun capacitor tu. Ikutlah kaki IC 1,2,3 mcm biasa.

  2. 95. Komen dari Daulah pada 1:12 PM, 20th April 2012

    Bole tau yang kaki utk pin max232 memang no macam tu ke. maksudnye 1, 3, 4,…9. kalau tgk datasheet susunan dia 1,2,3,4,5… susunan macam biasa. ke anggap connect ikut pin macam abg buat ni je

  3. 94. Komen dari Shahrul pada 11:51 AM, 25th March 2012

    wan5083, ya x perlu MAX232.

  4. 93. Komen dari wan5083 pada 8:59 PM, 24th March 2012

    abg shah kalau dah guna uart to usb perlu x lagi max232 tu? sambungan saya RFID reader ke PIC n then kaki PIC (RX dan TX) ke UART TO USB.. sambungan usb tu TX(PIC) ke RX(USB), RX(PIC) ke TX(PIC)..minta pandangan..

  5. 92. Komen dari Shahrul pada 10:30 PM, 21st March 2012

    Tgk Lesson XBee Module.

  6. 91. Komen dari wan5083 pada 9:18 PM, 21st March 2012

    ok2 saya paham..ada x coding untuk PIC menerima id tag dari PC dan paparka di LCD? boleh x transfer ikut uc00b programmer atau usb? ..mengenai database saya dapat handle cuma PIC coding masih lemah harap dapat bantu..

Pages: [10] 9 8 7 6 5 4 3 2 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini