PIC Lesson: RFID Reader

RFID adalah singkatan bagi Radio Frequency Identification. RFID adalah teknologi untuk mengesan atau membaca data objek melalui frekuensi radio. Sistem RFID mempunyai dua bahagian iaitu RFID Tag dan RFID Reader.

Di atas adalah salah satu RFID Reader, modelnya RFID-IDR-232N. RFID Reader ini menggunakan komunikasi RS232 dengan baudrate 9600. Oleh itu, sambungan RFID Reader ke PIC melalui MAX232.

Hanya UART RX digunakan kerana PIC tidak menghantar apa-apa data ke RFID Reader. Hanya RFID Reader yang  menghantar data ke PIC. RFID-IDR-232N membaca ID daripada RFID Tag sehingga jarak 2cm dengan 0.1s response time. RFID-IDR-232N kemudian menghantar 12 byte data. Byte pertama adalah ‘Start of Heading’ (0x01), diikuti sepuluh byte ID dan kemudian satu byte ‘Start of Text’ (0x02).

Berikut adalah videonya.

PIC Source Code

118 Replies to “PIC Lesson: RFID Reader”

  1. TQ En.Shahrul,

    sy search dlm Alibaba n kebanyakn susah nak beli 1 unit untk RnD.. Tp MyDuino ne mcm x jual plak card yg boleh untuk Write data. n sy ada search Cytron website dia plak jual RFID Tag yg jenis Mifare Card n operate pd frequency 13.56MHz.. sepanjang sy search mengenai RFID card x de plak card yg operate pd frequency 125KHz boleh store data.

  2. Salam En.Shahrul,

    Sy ingin tahu samada En.Shahrul ada jual RFID yg boleh Read n Write. Jika tidak, munkin En.Shahrul boleh share tempat untuk mendapatkanya. TQ

  3. Bole tau yang kaki utk pin max232 memang no macam tu ke. maksudnye 1, 3, 4,…9. kalau tgk datasheet susunan dia 1,2,3,4,5… susunan macam biasa. ke anggap connect ikut pin macam abg buat ni je

    1. Daulah, susunan kaki lukis mcm tu untuk mudahkan lukis schematic, supaya senang nak susun capacitor tu. Ikutlah kaki IC 1,2,3 mcm biasa.

  4. abg shah kalau dah guna uart to usb perlu x lagi max232 tu? sambungan saya RFID reader ke PIC n then kaki PIC (RX dan TX) ke UART TO USB.. sambungan usb tu TX(PIC) ke RX(USB), RX(PIC) ke TX(PIC)..minta pandangan..

  5. ok2 saya paham..ada x coding untuk PIC menerima id tag dari PC dan paparka di LCD? boleh x transfer ikut uc00b programmer atau usb? ..mengenai database saya dapat handle cuma PIC coding masih lemah harap dapat bantu..

  6. abg shah sya ada soalan mengenai PIC..saya da wat projek sistem attendance guna rfid dan telah siap dari segi interface ke computer guna vb..sambungannya reader->PR8(PIC 16F876A)->UART to usb->PC->V.Basic … sekarang tag yang dibaca oleh reader dihantar ke PIC dan dibaca di visual basic..tetapi LCD yang dipaparkan pada PR8 hanya data yang diburn pada PIC tersebut..Soalan disini bagaimana sya nak tag yang dibaca oleh VB disimpan sekali dengan data pelajar dan yang berjaya disimpan no tag dan nama akan terpapar pada LCD PR8 dan keluarkan juga “SUCCESS”..Bolehkkah PIC menerima data dan menyimpan data terus ke line bagi tag baru didalam code hex dalam PIC tersebut??

    1. wan5083, PIC boleh simpan tag yg di baca dalam EEPROM, tp limited 256 byte x cukup untuk simpan nama. Simpan nama dalam database VB.

  7. ade tak yang bole detect jarak dalam 1m .. saya dah cube cari untuk detector yg boleh detect dua tag..tapi takde.. cuma nak cari program utk burn dlm ic utk litar dtetctor tu je..sekarang ni sy cume boleh wat satu detector satu kad..tak boleh lebih..

    1. RFID untuk jarak 1m jenis high frequency, harga mungkin ribuan ringgit. Biasa memang RFID Reader hanya boleh baca 1 tag dalam 1 masa.

  8. ada program untuk reader rfid yang boleh dua atau lebih dari satu tag rfid..sangat memerlukan untuk final projek..terima kaseh

  9. Salam, En.Shahrul ape function 1 byte of Start of heading (0x01), followed by 10 byte of ASCII character (ID) and 1 byte of Start of text (0x02).

    1. ws, setiap nombor tu dah memang ada dalam kad. Pengguna x boleh mengubah nombor di dalam kad, hanya pengeluar yang set kan. Yang kita nak guna hanyalah membaca 10 nombor id tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.