PIC Lesson: Servo Motor
Servo motor adalah alat electromechanical. Ia adalah sebuah motor yang mempunyai feedback loop. Oleh itu ia sebuah motor yang boleh dikawal posisi dan kelajuannya tanpa feedback kepada microcontroller. Servo motor hanya berputar dalam lingkungan sudutnya sahaja, contohnya hanya boleh berputar pada 1800.

Servo motor mempunyai tiga wayar. Kebiasaannya wayar merah adalah supply positif, wayar hitam adalah ground manakala wayar ketiga adalah signal daripada microcontroller. Wayar signal mempunyai beberapa standard warna iaitu warna putih, kuning atau oren.
Servo motor bergerak mengikut pulse signal. Signal ke servo adalah berbentuk PWM dengan frequency lebih kurang 50Hz iaitu masa bagi satu cycle adalah 20mS. Posisi armature servo motor bergantung pada duty cycle PWM tersebut. Dengan mengubah-ubah duty cycle, servo motor akan bergerak atau berputar. Dengan ini juga, kelajuannya boleh di kawal. Contoh signal untuk menggerakkan servo motor berputar mengikut arah jam atau mengikut arah lawan jam seperti diagram di bawah.

Walaubagaimanapun, untuk memprogram servo, tidak boleh menggunakan PWM Module dalam PIC kerana PWM yang diperlukan adalah frekuensi rendah. Oleh itu, PWM boleh dihasilkan menggunakan counter di dalam timer interrupt. Kemudian, hanya perlu menetapkan nilai posisi servo tersebut.
Berikut adalah skematik untuk menggerakkan servo mnggunakan input analog.

Berikut adalah contoh program PIC untuk menghasilkan signal di atas. Di dalam program ini, variable resistor digunakan untuk menetapkan posisi servo. Untuk mengubah kelajuan servo, hanya perlu menetapkan masa untuk servo berada pada posisi tersebut.
Berikut adalah videonya.
Post ini telah menerima 5,987 views sejak dikeluarkan pada 3:14 AM, Monday, 12th April 2010
Category: PIC Lesson Tags: Motor, PWM
ws, goldenpeace. Saya pun x tahu apa yg awak buat, x tahu kenapa error. Rujuk cara guna MPLab.
salam, sy ingin bertanya kenapa apabila saya menggunakan complier hi-tech v9.82 , ada error & fail. tolong bantu sy…
Smart Home mcm mana, byk konsep smart home. Tapi, kena study lah apa yg nak buat, smart home byk kena buat interfacing dan protocol.
cmne plak lau nk bt projek smart home
Servo motor memang hanya bergerak 180 darjah. Kalau berpusing 360 darjah, itu menggunakan DC motor.