PICuno Equo


Apakah PICuno Equo? PICuno Equo adalah board PIC yang direka oleh Cytron Technologies yang mengikut spesifikasi Pinguino. Pinguino menggunakan chip PIC yang mempunyai USB Module, PIC 8-bit yang boleh digunakan adalah PIC18F2550 (28 pin) dan PIC18F4550 (40 pin).

Board PICuno Equo ini versi Beta yang Cytron berikan secara percuma kepada saya. Orang-orang terpilih sahaja yang mendapat board ini secara percuma kerana aktif di forum Cytron. Terima kasih kepada Cytron kerana memperkenalkan platform baru bagi PIC.

Saya berminat untuk belajar PICuno ini kerana beberapa sebab. Sebab utama adalah untuk saya menggunakan library dalam software nya bagi interface yang lebih susah misalnya Graphic LCD, SD Card, USB, Ethernet dan sebagainya. PICuno juga boleh diprogram terus melalui bootloader tanpa menggunakan programmer. Oleh itu, download program PICuno boleh menggunakan kabel USB sahaja.

Software yang diperlukan adalah Pinguino IDE. Saya akan mempelajari PICuno tidak lama lagi dengan mengikuti Tutorial Cytron.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *