Pololu Beraksi, Robot Maze Solving

August 13th, 2010  Posted at   Umum
, arrow   |   2 Commentsarrow

Pernahkah anda bermain maze solving? Permainan laluan yang bersimpang siur, kemudian anda mencari jalan keluar dari titik permulaan sehingga ke penghujungnya. Permainan ini dahulu dimainkan di atas sehelai kertas. Kini, tak mencabar la main atas kertas. Kita programkan robot untuk menyelesaikan maze. Antara robot yang dihasilkan jurutera bagi permainan maze solving adalah robot Pololu 3pi.

Robot Pololu 3pi adalah robot yang kecil dan sangat efisen dalam permainan line following dan line maze solving. Robot Pololu 3pi menggunakan empat bateri AAA dan menggunakan sistem bekalan yang sangat hebat, meningkatkan voltan kepada 9.25V untuk menggerakkan motor.

Saiz robot Pololu 3pi berdiameter 3.7 inches (9.5 cm) dan berat 83g tanpa bateri. Robot Pololu 3pi boleh bergerak selaju 100 cm/s. Robot Pololu 3pi menggunakan microcontroller Atmel, sensor dan mempunyai 8X2 character LCD.

Bagi Pololu menyelesaikan maze, pololu perlu dijalankan sebanyak dua kali. Pada kali pertama dijalankan, Pololu akan mencari laluan-laluan sehingga sampai ke tempat hitam ataupun penghujungnya. Pololu akan menyimpan memori laluan yang dilaluinya sambil mengira laluan yang pendek untuk sampai ke penghujung.

Setelah sampai, Pololu dijalankan sekali lagi dan perlu diletakkan pada tempat yang sama ia bermula ketika melakukan proses pencarian tadi. Lihat aksi Pololu di bawah.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Tic Tac Toe Games Pernahkah anda bermain Tic Tac Toe? Permainan yang dimainkan di atas grid 3X3 oleh dua […]
  • Projek Lama Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. […]
  • Anda Kenal Robot? Walaupun kita biasa dengar perkataan robot, marilah kita berkenal-kenalan dengan benda […]
  • PIC Project: Fire Fighting Robot Fire Fighting Robot adalah robot yang akan melalui laluan yang berdinding. Terdapat […]
  • 14 Tahun ASIMO Dihasilkan ASIMO adalah sebuah humanoid robot yang dikeluarkan oleh Honda. ASIMO adalah singkatan […]

2 komen untuk Pololu Beraksi, Robot Maze Solving

  1. 1. Komen dari smtkl pada 8:02 PM, 5th October 2011

    salam shahrul, nak tanya yg pololu ni cmne dye ley hafal laluan yang betul dan cancel kan laluan yg salah? kalau ade contoh coding minta share boleh?hhe

  2. 2. Komen dari Shahrul pada 10:50 AM, 6th October 2011

    ws, smtkl. Line Maze algorithm ada 2 jenis, Right Hand Rule dan Left Hand Rule. Right Hand Rule akan dahulukan simpang kanan dan sebaliknya. Setiap simpang akan disimpan di dalam memory. Jika jumpa jalan mati, ia akan cancel last memory. Contoh coding sy x de.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini

What is 5 + 8 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)