Projek Lama

June 4th, 2009  Posted at   Peribadi

Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.

Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.

Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.

Yang lebih menyusahkan, buat projek universiti ini pun terpaksa mengeluarkan duit sendiri beratus-ratus mungkin juga beribu. Tak pe la, itu cerita lama dah dilupakan pun. Yang penting, ilmu teknikal yang dipelajari di situ. Mungkin itulah harga yang perlu saya bayar untuk semua ilmu-ilmu tersebut.

PCB Design menggunakan Protel DXP

PCB yang telah siap

Di atas adalah salah satu design projek yang di buat sendiri. PCB ini untuk Robocon 2008. Bermula dari circuit design, PCB design dan juga fabricate PCB tu menggunakan kemudahan mesin PCB di UiTM. Ketika itu, mesin PCB tu baru saja dimiliki oleh UiTM dan inilah projek PCB paling besar oleh student. Setelah melakukan try-and-error, banyak juga PCB yang di buat dan banyak kali PCB rosak. Tak pe lah, kita orang menghabiskan harta-harta UiTM untuk belajar.

Selain projek-projek Robocon yang hanya setahun sekali, ada juga membuat projek-projek member untuk subjek tertentu. Yang paling best subjek Micro-P guna controller Motorola MC68K. Inilah controller yang di pelajari sebelum mempelajari microcontroller PIC. Belajar PIC lagi mantap, belajar sendiri je. Ok, sampi sini dulu la, nanti ada sedikit lagi cerita pasal projek dulu-dulu tentang final projek.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Pololu Beraksi, Robot Maze Solving
  • RoboCup 2010 Singapura
  • 14 Tahun ASIMO Dihasilkan
  • Cermin Daripada Kayu
  • Robot Memasak Ramen Jepun

11 komen untuk Projek Lama

Pages: [2] 1 » Show All

  1. 11. Komen dari Shahrul pada 9:11 PM, 4th April 2011

    pzul, software tu telah disediakan oleh DataTaker.

Pages: [2] 1 » Show All

Dah baca, tinggalkan komen anda disini