Python, Kenderaan Dua Alam

Ketika saya sekolah rendah, saya pernah berangan untuk membina kereta dua alam iaitu kereta yang boleh bergerak di darat dan di atas air. Angan-angan besar, tapi bukanlah hebat sangat untuk merealisasikannya. Kini, kenderaan itu telah pun wujud. Kereta Python di dakwa sebagai kenderaan dua alam yang paling laju dan berprestasi tinggi ketika ini.

Python berbeza dengan Hovercraft yang lebih realistik sebagai kenderaan pengguna. Python boleh bergerak selaju 60mph @ 96.56km/h ketika di atas air dan 100mph @ 160.93km/h ketika di darat. Beratnya adalah 3800lbs @ 1723kg,  panjang 20′ 6” @ 6.25m, lebar 82” @ 2m dan tinggi 66” @ 1.68m.

Python direka menggunakan bahan tidak menghakis seperti fiberglass dan stainless steel. Python juga boleh digunakan di lautan atau air masin dengan penyelenggaraan yang betul seperti di bilas dengan air tawar. Ia memerlukan penyelengaraan yang lebih berbanding kereta biasa iaitu menyamai penyelenggaraan sebuah kereta dan juga sebuah bot.

Kereta ini sudah boleh digunakan di Amerika Syarikat. Namun, kereta ini memerlukan dua pendaftaran iaitu pendaftaran sebagai kereta dan juga sebagai bot. Di Malaysia, mungkin ada juga permintaan terhadap kereta dua alam ini. Sekurang-kurangnya kereta ini boleh meredah banjir.

Sekarang, mari kita lihat pula video kereta Python ini.

Website rasmi watercar.com


Post ini telah menerima 3,291 views sejak dikeluarkan pada 12:41 AM, Saturday, 10th October 2009
Category: Pengetahuan Am Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

2 komen untuk Python, Kenderaan Dua Alam

  1. 1. Komen dari Amin007 pada 6:47 PM, 10th October 2009

    saya nak tunggu anda buatkan untuk rakyat malaysia.
    janji bukan pakai minyak petrol, pakai air ker

    namun jika ada peluang …

  2. 2. Komen dari Fatin Pauzi pada 10:25 AM, 13th October 2009

    Ada disediakan jaket keselamatan tak?
    Atau in case kalau bawak dalam air leh cari make up..
    haha. best gak dapat kete ni. ;)

Dah baca, tinggalkan komen anda disini