QFO, Permainan Terbang Terkecil

December 1st, 2009  Posted at   Umum

Anda suka bermain permainan RC? RC bermaksud Radio Control. Permainan RC bukan sahaja permainan kanak-kanak, tetapi juga dimainkan oleh orang dewasa. Tambahan pula permainan itu adalah permainan terbang seperti kapal terbang atau helicopter. Memang seronok untuk bermain.

Memperkenalkan permainan terbang yang cukup kecil dinamakan QFO. QFO dikeluarkan oleh Syarikat Tomy, Jepun yang hanya berdimensi 65 x 65 x 43 milimeter dan berat hanya 9 gram. QFO tiada kepak atau sayap, hanya kipas yang menerbangkannya.

QFO di kawal melalui infrared remote control. QFO mempunyai bateri Li-Poly. Bagi mengecasnya, QFO perlu disambungkan kepada alat kawalannya yang mempunyai 6 biji bateri saiz AA. Anda memerlukan masa 30-40 minit untuk mengecas QFO, kemudian boleh bermain selama 5 minit. 5 minit sahaja, cukuplah tu untuk melepaskan tekanan bekerja lagipun QFO kecil sahaja untuk membawa sumber kuasa elektrik yang banyak.

Saiz QFO yang kecil membuatkan anda boleh menerbangkannya di dalam rumah atau ruang pejabat. Sesuailah untuk bermain bagi menghilangkan kebosanan atau tekanan ketika bekerja di pejabat. QFO yang hanya dimainkan di dalam rumah, jadi anda tidak perlu risau QFO jatuh terhempas. Sememangnya ia tahan lasak dan mudah dikawal. Terdapat 4 pilihan warna iaitu merah, biru, emas dan perak.

 

QFO mini helicopter UFO

Anda mungkin belum baca post ini

  • Terrafugia, Kereta Terbang
  • Robot Memasak Ramen Jepun

5 komen untuk QFO, Permainan Terbang Terkecil

  1. 1. Komen dari denaihati pada 9:16 AM, 3rd December 2009

    Macam-macam benda pelik ada kat dunia ni cuma tak ramai yg nak explore

  2. 2. Komen dari titan pada 8:07 PM, 6th December 2009

    hehe..best nih. berapa harga dia ek..

  3. 3. Komen dari Shahrul pada 8:18 PM, 6th December 2009

    titan, nk tgk harganya, klik saja link diatas. Ada dijual di Japan Trend Shop.

  4. 4. Komen dari mus pada 8:42 AM, 26th February 2011

    tk ada fb ke..nk follow susah..entry2 yg menarik..

  5. 5. Komen dari Shahrul pada 5:15 PM, 28th February 2011

    mus, nak follow boleh subcribe. Masukkan e-mail dlm kotak di atas. fb ada kat Tentang Saya.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini