Cara Install Home Assistant di Raspberry Pi
Home Assistant adalah OS percuma bagi menghasilkan rumah automasi (home automation). Ia dapat diakses melalui pelayar web (web browser), aplikasi Android dan IOS atau kawalan suara pembantu maya seperti Google Assistant dan Amazon Alexa. Ia boleh didapati di home-assistant.io. Home Assistant boleh di install pada Windows, macOS, Linux, Raspberry Pi serta beberapa platform lain lagi.
Memasukkan OS Home Assistant ke dalam SD Card boleh menggunakan software Raspberry Pi Imager seperti pilihan gambar di bawah.
Selepas write image, sama seperti Raspbian, pada permulaan perlu memberikan info sambungan wifi iaitu SSID dan Password. Pada partition SD Card yang bernama hassos-boot, hasilkan satu forder bernama CONFIG. Di dalam folder CONFIG, hasilkan satu folder bernama network. Di dalam folder network, hasilkan satu file text bernama my-network. Kandungan file my-network adalah seperti di bawah.
[connection] id=my-network uuid=<UUID> type=802-11-wireless [802-11-wireless] mode=infrastructure ssid=<WIFISSID> # Uncomment below if your SSID is not broadcasted #hidden=true [802-11-wireless-security] auth-alg=open key-mgmt=wpa-psk psk=<WIFIPASSWORD> [ipv4] method=auto [ipv6] addr-gen-mode=stable-privacy method=auto
Terdapat tiga parameter yang perlu ditukar iaitu <UUID>, <WIFISSID> dan <WIFIPASSWORD>. Parameter UUID boleh dihasilkan melalui website uuidgenerator.net. Selepas itu SD Card boleh dimasukkan ke dalam Raspberry Pi dan diberikan bekalan kuasa. Setelah dihidupkan, Home Assistant boleh dilayari melalui link http://homeassistant:8123 ataupun kenalpasti IP address dan layari melalui link http://[IPADDRESS]:8123
Setelah selesai proses Preparing Home Assistant seperti gambar pertama di atas, akan terdapat paparan user seperti di bawah.
Paparan utama nya seperti di bawah.
Leave a Reply