Relay
Relay adalah sejenis suis, iaitu suis yang beroperasi daripada isyarat elektrik. Kebanyakan relay menggunakan electromagnet untuk mengubah suis atau contact relay. Terdapat dua jenis contact relay iaitu Normally Open (NO) dan Normally Close (NC).

Maksud Normally Open adalah suisnya tidak bersentuhan atau suis terbuka sebelum relay dihidupkan manakala Normally Close adalah suisnya telah bersentuhan atau suis tertutup sebelum relay dihidupkan. Mengikut gambarajah skematik di atas, pin no 2 adalah NC, pin no 3 adalah NO manakala pin no 1 adalah Common.
Relay yang mempunyai satu common dikenali ‘single pole’ manakala relay yang mempunyai dua common dikenali ‘double pole’. Relay yang mempunyai NO dan NC dikenali dua arah atau ‘double throw’. Terdapat juga relay yang hanya memiliki NO sahaja, jadi relay seperti ini dikenali satu arah atau ‘single throw’. Oleh itu, terdapat beberapa kombinasi relay iaitu Single Pole Single Throw (SPST), Single Pole Double Throw (SPDT), Double Pole Single Throw (DPST) dan Double Pole Double Throw (DPDT).
Electromagnetic relay mempunyai coil untuk menghasilkan elektromagnet bagi menggerakkan contact relay. Oleh kerana relay ini memiliki bahagian mekanikal yang bergerak, relay tidak boleh di hidupkan dan di matikan dengan cepat. Sebagai altenatif, terdapat solid state relay. Solid State Relay adalah komponen elektronik solid state yang berfungsi sama seperti elecromagnetic relay tetapi tidak mempunyai mekanikal yang bergerak. Ini meningkatkan jangka hayat Solid State Relay.
Aplikasi relay adalah untuk mengawal litar voltan tinggi daripada litar voltan rendah. Contoh litar di atas adalah untuk menghidupkan atau mematikan litar arus ulang alik AC (Alternating Current) daripada litar yang bervoltan rendah melalui microcontroller. Aplikasi lain adalah untuk mengawal laluan arus daripada sumber voltan arus terus, contohnya untuk mengawal arah pusingan DC Motor.
Post ini telah menerima 5,847 views sejak dikeluarkan pada 4:31 PM, Monday, 19th April 2010
Category: Elektronik Tags: Relay, Transistor
bingung ne tentang listrik
cara pemasangan contactor overload and relay gmn yaa
maklum saya dalam tahap belajar yang tau mohon bagi-bagi ilmu nya ya…..???
salam ‘ Haryz Ramadhan
Penerangan yang sangat berguna bagi mereka yang tidak ada asas elektronik terutama sekali pada mereka yang berminat kerja-kerja DIY. Dicadangkan supaya di tunjukkan dengan beberapa contoh relay yang di gunakan pada kenderaan.