Robocon 2010 Malaysia Kembali Lagi

Pernahkah anda ketahui pertandingan robot tahunan peringkat Malaysia yang dinamakan Robocon ini? Pertandingan Robocon diadakan bermula pada tahun 2002. Pertandingan ini dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar-pelajar kejuruteraan sama ada dari universiti, kolej atau politeknik. Pengalaman mencipta dan menghasilkan robot adalah pengetahuan di luar batasan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pelajar adalah sangat bagus untuk menyertai pertandingan seperti ini.

Dulu saya juga menyertai Robocon. Kini sudah habis belajar, dah tak join dh, jadi reporter blog je lah. Robocon Malaysia dikendalikan oleh SIRIM. Pada tahun ini, Robocon 2010 akan diadakan pada 22 hingga 27 Jun 2010 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak bolehlah pergi ke sini nanti untuk menyemai minat anak-anak terhadap robot seperti mana Jepun yang mengajar robot sejak dari sekolah rendah lagi.

Robocon diadakan berpandukan tema yang dikeluarkan oleh Tuan Rumah. Tuan rumah pada tahun 2010 adalah Egypt. Tema pertandingannya dinamakan Robo-Pharaohs Build Pyramids. Jadi, temanya adalah robot yang membina piramid. Terdapat spesifikasi robot yang perlu diikuti dan ketika pertandingan terdapat syarat-syaratnya. Kebiasaanya ditetapkan jumlah berat robot adalah 50kg, maksimum bekalan kuasa 24V dan bahan-bahan yang tidak membahayakan orang sekeliling.

Robocon diadakan di padang permainan atau ‘game field’ tertentu. Inilah game field Robocon 2010.

Berikut adalah video pengenalan Robocon 2010 daripada Egypt

Dua bulan sebelum pertandingan ini berlangsung, pastinya semua pasukan-pasukan bertanding daripada universiti-universiti, kolej-kolej dan politeknik-politeknik sedang bertungkus-lumus merekacipta robot masing-masing. Dengan mekanikal design, elektrikal design dan microcontroller programming. Semoga berjaya kepada semua pasukan bertanding.


Post ini telah menerima 3,040 views sejak dikeluarkan pada 2:51 PM, Wednesday, 28th April 2010
Category: Umum Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

3 komen untuk Robocon 2010 Malaysia Kembali Lagi

  1. 1. Komen dari x-po pada 11:45 AM, 4th May 2010

    aku suka tgk pertandingan robocon..lagi2 kalau melibatkan negara luar..mmg mantap

  2. 2. Komen dari PisangPanas pada 6:39 AM, 8th May 2010

    Robocon layan beb!

  3. 3. Komen dari Nizam6281 pada 9:20 PM, 11th May 2010

    Aku setuju ayat hang kata jepun ni semai dari kecil ye memang betul tu..
    dari kecil lagi mereka da semai

Dah baca, tinggalkan komen anda disini