Sekitar Robocon 2010 Malaysia
Bagi peminat robot, pada 22 hingga 27 Jun 2010 telah berlangsungnya pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sebanyak 55 pasukan bertanding daripada beberapa buah universiti, kolej dan politeknik. Senarai pasukan adalah seperti di bawah.
Walaupun saya dah tak sertai, namun minat tu masih ada. Pergi ke robocon 2010 pada 25hb dan 27hb sebagai penonton dan penyokong pasukan rakan-rakan, apa lagi pasukan UiTM. Pada ketika dulu, tahun 2006 masuk robocon menjadi kuli tanpa mengetahui apa-apa pasal programming robot. Tahun 2007 menjadi ketua dan di tinggalkan oleh senior-senior untuk handle dengan baru sahaja belajar PIC.
Tahun 2008 masih berusaha dengan menghasilkan PCB untuk Robocon sampai terbawa-bawa ke dalam kelas dan ponteng kelas, hehe. Pada tahun 2007 dan 2008 programming PIC menggunakan assembly language. Pada tahun 2009, sudah pun habis belajar, namun masih melawat lab robot UiTM. Robocon 2009 mula menggunakan Interface Free Controller daripada Cytron dan juga pada tahun ini 2010.
Keputusan Robocon 2010 adalah
- Pertama: Universiti Teknologi Malaysia – UTM B
- Kedua: Universiti Teknologi Malaysia – UTM A
- Ketiga: Universiti Teknologi MARA Shah Alam – UiTM FKE Alpha dan Universiti Malaysia Sabah – UMS B
Award
- Best Engineering Award: Universiti Teknologi Malaysia – UTM C
- Best Idea Award: Pusat Latihan Teknologi Tinggi Malaysia Melaka – 1_JTM D
- Best Design Award: Universiti Multimedia Melaka – ROBOFORCE
UiTM mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada rakan-rakan. Inilah gambar-gambar pasukan UiTM.
Perlawanan di Game Field Robocon 2010
Orang orang popular seperti artis, hehe
Dah dapat piala.
go rocas baragas!! hahahahaha
dah lama tak ikut perkembangan robocon sejak habis belaja. dulu teringin gak nak join team robocon tapi bila dengar cerita geng2 chinese yang monopoli, terus tak jadi. geng2 melayu cuma buat kerja2 biasa je macam potong dawai, soldering, even sapu sampah..huh
sufian, siaran kat TV selepas Robocon international kat Egypt, September 2010. Mungkin keluar kat TV hujung tahun kot.
sekarang ada tayang kat tv lagi ke, robocon ni?