RoboCup 2010 Singapura

May 30th, 2010  Posted at   Pengetahuan Am

RoboCup adalah pertandingan robot antarabangsa dimulakan sejak tahun 1997. Nampaknya RoboCup dimulakan lebih awal berbanding Robocon. Tujuan RoboCup adalah menghasilkan Robot Automatik Bola Sepak dengan mengembangkan pendidikan dan kajian dalam kebijaksanaan rekaan (AI – Artificial Intelligence).

Target pertandingan RoboCup adalah:-

Pada pertengahan abad 21, sebuah pasukan bola sepak humanoid robot akan memenangi pertandingan bola sepak sesuai dengan peraturan rasmi FIFA melawan pemenang rasmi Piala Dunia.

Pada tahun ini,  RoboCup akan diadakan di Singapura pada 19-25 Jun 2010 dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung empat tahun sekali juga berlangsung tahun 2010 di Afrika Selatan.

Pertandingan RoboCup terdapat empat kategori iaitu

  • RoboCupSoccer
  • RoboCupRescue
  • RoboCup@Home
  • RoboCupJunior

RoboCup menggunakan bidang bola sepak sebagai topik utama penyelidikan dan inovasi yang bertujuan untuk diterapkan dalam masalah-masalah sosial dan industri. Untuk mencapai target sepenuhnya, robot bola sepak mestilah cukup pandai untuk menyamai keupayaan manusia.

Antara keperluan robot bola sepak adalah boleh mengesan kedudukan bola. Ini semestinya menggunakan kamera. Kemudian robot boleh bergerak ke arah bola dan menyepak bola. Apabila robot jatuh, ia boleh bangun dengan sendirinya. Ini semestinya memerlukan sensor mengesan badannya yang terbalik.

Kita lihat kajian RoboCup daripada universiti luar, bila pula universiti Malaysia nak menghasilkan RoboCup.

Pertandingan RoboCup yang lepas.

Tahun Tuan Rumah
1997 Nagoya, Jepun
1998 Paris, Perancis
1999 Stockholm, Sweden
2000 Melbourne, Australia
2001 Seattle, USA
2002 Fukuoka/Busan, Jepun/Korea
2003 Padua, Itali
2004 Lisbon, Portugal
2005 Osaka, Jepun
2006 Bremen, Jerman
2007 Atlanta, USA
2008 Suzhou, China
2009 Graz, Austria

Anda mungkin belum baca post ini

  • Sekitar MURoC 2012
  • Sekitar Freescale Cup 2011
  • Pertandingan Robocon
  • Sekitar Robocon 2011 Malaysia
  • Sekitar MURoC 2011

1 komen untuk RoboCup 2010 Singapura

  1. 1. Komen dari vangardx pada 4:40 PM, 6th June 2010

    datang blog ni..kena ada ilmu..kalau tak ternganga la..

Dah baca, tinggalkan komen anda disini