Smart Car

Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.

Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.

Body smart car diberikan oleh pihak Freescale. Asasnya mempunyai DC motor untuk bergerak dan Servo motor di hadapan untuk membelok. Tambahan diperlukan dari segi litar elektrik dan sensor. Sensor yang digunakan adalah infrared sensor untuk mengesan line hitam pada track. Bila dah modified kereta tu, gambar di bawah adalah hasilnya. Wah dah macam kaki kereta plak kan.

Hardware saja tak cukup, nak bergerak memerlukan software. Itulah tugas bagi programmer untuk memprogram microcontroller tersebut. Caranya mudah, hanya membaca isyarat daripada kesemua sensor dan mentafsirkan keadaan track hitam tu. Kemudiaan lakukan kawalan kepada kelajuan untuk DC motor dan arah untuk servo motor. Untuk melihat aksi smart car ini, tontonlah video di bawah. Giler canggih.


Post ini telah menerima 1,972 views sejak dikeluarkan pada 3:05 PM, Wednesday, 10th June 2009
Category: Projek Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

7 komen untuk Smart Car

  1. Komen dari adol pada 10:13 AM, 13th June 2009

    pergh,cangih tu.. boleh ikut track tu x terkua pun…

  2. Komen dari ilhamputra pada 1:39 AM, 15th June 2009

    pergh.mantap la smart car tu.

  3. Komen dari the_R@Ys pada 5:53 PM, 15th June 2009

    kerete pak SEMAT

  4. Komen dari Syukran Mokhtar pada 3:53 PM, 9th September 2009

    sempoi la projek ni shahrul…best btul tgk..laju tu

  5. Komen dari xpndaiprogram pada 7:25 PM, 12th March 2010

    bole x pihak tuan memberikan contoh program utk smartcar ini…amat menarik tertarik dan akhir sekali debomb!!!

  6. Komen dari Shahrul pada 8:17 PM, 12th March 2010

    Program kereta ni sudah tiada dalam simpanan. Jika nak, saya kena buat semula.

  7. Komen dari xpndaiprogram pada 7:39 AM, 13th March 2010

    ow…kalau bole, sy nk lihat bagai mana utk meng’eneble’kan penggunaan 13 pin sebagai input sensor.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini