Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.
Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.
Body smart car diberikan oleh pihak Freescale. Asasnya mempunyai DC motor untuk bergerak dan Servo motor di hadapan untuk membelok. Tambahan diperlukan dari segi litar elektrik dan sensor. Sensor yang digunakan adalah infrared sensor untuk mengesan line hitam pada track. Bila dah modified kereta tu, gambar di bawah adalah hasilnya. Wah dah macam kaki kereta plak kan.
Hardware saja tak cukup, nak bergerak memerlukan software. Itulah tugas bagi programmer untuk memprogram microcontroller tersebut. Caranya mudah, hanya membaca isyarat daripada kesemua sensor dan mentafsirkan keadaan track hitam tu. Kemudiaan lakukan kawalan kepada kelajuan untuk DC motor dan arah untuk servo motor. Untuk melihat aksi smart car ini, tontonlah video di bawah.
16 responses to “Smart Car”
pergh,cangih tu.. boleh ikut track tu x terkua pun…
pergh.mantap la smart car tu.
kerete pak SEMAT
sempoi la projek ni shahrul…best btul tgk..laju tu
bole x pihak tuan memberikan contoh program utk smartcar ini…amat menarik tertarik dan akhir sekali debomb!!!
Program kereta ni sudah tiada dalam simpanan. Jika nak, saya kena buat semula.
ow…kalau bole, sy nk lihat bagai mana utk meng’eneble’kan penggunaan 13 pin sebagai input sensor.
mcm pernah tengk project nih…dlm youtube
negara mana buat????
Negara China ada buat. Kat Malaysia pun dh dipertandingkan.
salam..awk, camner nk contact awak yer?/sy ter
email?no fon?
ws, boleh hubungi melalui e-mail kat Tentang Saya.
smart car project gak ke??
smart ar projek smart car ny..
sye nk buat projek ny lih x? bpe untuk encik buat this projek?
assalamualaikum,
mcm mana sy nk dapat code untuk menggunakan lcd 16×2 dr freescale microcontroller seperti dalam video tuan
http://www.youtube.com/engshahrul#p/a/u/0/vLlQwJNEYy8
harap tuan dpt membantu
tqvm
ws, mira. Saya tak sediakan code tersebut.
bole x sye dptkn litar skematic smart car nie .. nk kne wt projek final