Smart Car

Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.

Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.

Body smart car diberikan oleh pihak Freescale. Asasnya mempunyai DC motor untuk bergerak dan Servo motor di hadapan untuk membelok. Tambahan diperlukan dari segi litar elektrik dan sensor. Sensor yang digunakan adalah infrared sensor untuk mengesan line hitam pada track. Bila dah modified kereta tu, gambar di bawah adalah hasilnya. Wah dah macam kaki kereta plak kan.

Hardware saja tak cukup, nak bergerak memerlukan software. Itulah tugas bagi programmer untuk memprogram microcontroller tersebut. Caranya mudah, hanya membaca isyarat daripada kesemua sensor dan mentafsirkan keadaan track hitam tu. Kemudiaan lakukan kawalan kepada kelajuan untuk DC motor dan arah untuk servo motor. Untuk melihat aksi smart car ini, tontonlah video di bawah.

16 Replies to “Smart Car”

  1. ow…kalau bole, sy nk lihat bagai mana utk meng’eneble’kan penggunaan 13 pin sebagai input sensor.

  2. bole x pihak tuan memberikan contoh program utk smartcar ini…amat menarik tertarik dan akhir sekali debomb!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.