Solar Panel (Photovoltaic)


Solar panel adalah alatan yang boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Kaedah penukaran cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik dikenali Photovoltaic (PV). Solar panel menghasilkan voltan arus terus.

Gambar di atas adalah pengukuran voltan yang dihasilkan oleh satu solar panel. Pengukuran voltan solar panel ketika tiada beban dikenali ‘Open Circuit Voltage’. Solar panel boleh di samakan dengan fungsi bateri untuk membekalkan voltan. Namun berbeza dengan bateri, solar panel tidak boleh menyimpan tenaga. Oleh itu, dalam sistem solar yang lengkap semestinya memerlukan bateri untuk menyimpan tenaga.

Solar panel juga berbeza dengan bateri kerana mempunyai arus maksimum. Jika bateri tidak boleh dipintaskan (short circuit) tetapi solar panel boleh ‘short circuit’ tanpa rosak. Pengukuran arus ketika ‘short’ boleh dilakukan dan mendapatkan arus maksimum. Pengukuran ‘Short Circuit Current’ seperti gambar di bawah.


16 responses to “Solar Panel (Photovoltaic)”

  1. saya berminat buat projek solar…
    Bole share projek solar apa yang Shahrul sedang buat…
    Sy pernah ke UiTM tgk projek solar yg u buat dpn makmal PV research Dr. Maliki

  2. En. Shahrul. Saya sedang dalam cadangan utk membina lampu jalan berkuasa solar. Ini adalah projek komuniti. Mintak pandangan anggaran kos utk membangunkan projek tersebut. Solar panel, controller, battery dan lampu hid 35w. Agaknya berapa kos utk setiap lampu jalan tu?

  3. Saya mempunyai satu solar panel yang mempunyai specification berikut :

    12V, 83.3mA and 1w.The open circuit voltage is 12V. But when I connect the solar panel to light up an LED, the voltage from the solar panel why drop to around 3.0+V something ?

    Thank you

  4. salam , encik saya ad problem nak tnye .
    pasal solar panel nih , actually . solar panel kan tak boleh simpan tenaga , tapi dia boleh tak mengalirkan tenaga elektrik yg solar panel tu dpt dr cahaya matahari ? cthnya nak mngalirkan tenaga elektrik yg ade pd solar panel tu dekat mentol , then mentol tuh boleh tak simpan tenaga yg dialirkan tadi . sbb kan waktu mlm ta de cahaya matahari , so utk simpan tenaga elektrik ingtkan nak try guna mentol . boleh tak mentol tuh simpan tnaga elektrik ?
    harap dpt jwb soalan saya , sorrylah ayat sy pening siket .

  5. salam bang, nak tnye nie, circuit utk solar panel abg buat sndri ke beli?
    sy nak buat dalam project, tp xthu cct die..
    boleh aja???
    ^_^

  6. ooo..mksudnye, sy boleh gne cct charge controller je la??
    ok, trime kasih bang..
    1 lg soklan bang,berbaloi x kalau sy gne servo motor dgn 24V bateri dan gune solar panel?
    bateri 2, boleh ke recharge balik??

  7. salam,
    maaf bertanya bateri jenis apa yang sesuai digunakkan untuk simpan tenaga solar tersebut?contoh bateri kereta atau bateri motosikal.

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *