Solder Komponen SMD

March 22nd, 2012  Posted at   Peribadi
arrow   |   3 Commentsarrow

Komponen SMD (Surface Mount Device) adalah komponen yang tiada kaki dan perlu di solder terus kepada PCB (Printed Circuit Board). Komponen SMD mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya adalah SMD tidak mempunyai kaki, oleh itu PCB tidak perlu tebuk lubang dan saiz akan menjadi lebih kecil. Kekurangannya adalah SMD sukar untuk di solder. Saya mencuba untuk solder PIC16F1527 (64 pin).

Di bawah adalah komponen dan PCB board yang belum di solder.

Saya tidak pernah belajar secara formal untuk solder komponen SMD ini, hanya mengkaji di internet. Pada mulanya saya cuba untuk solder satu per satu kaki, namun ianya sukar. Oleh itu, saya mencuba dengan kaedah solder keseluruhan kaki terlebih dahulu seperti gambar di bawah.

Selepas itu, barulah sucker kembali pada bahagian tersebut. Setelah selesai solder semua kaki, perlukan ketelitian untuk menguji setiap kaki menggunakan multimeter. Di bawah adalah pandangan atas dan pandangan bawah hasil selepas di solder.

Selepas ini, saya masih perlu menguji PIC16F1527 ini dengan memprogramkannya.

3 Responses to “Solder Komponen SMD”

  1. Awis Johari says:

    Salam…betul kata lan tu…pakai flux br0 shahrul….sy skrg tgh mengambil kursus IPC-A-610 kebanyakan industri nak jimat dgn cara pakai flux jerk…berikut adalah website yg mungkin br0 boleh nmpk dengan lebih jelas lagi apa yg sy mksdkan…http://store.curiousinventor.com/guides/Surface_Mount_Soldering/QFP/

    Saja nak berkongsi….

  2. lan (newbie) says:

    Assalamualaikum,

    Dalam industri kalau tak salah mereka menggunakan solder paste (flux) dengan mesin auto insert buat semua kerja SMD ni lepas tu masuk furnace machine. Cara manual boleh cuba sapu solder paste pada pad PCB kemudian letakkan pin2 IC SMD tu betul2 kena pada semua pad, pas tu blow dengan hot air solder blower sampai solder paste tu cair, boleh cuba kot. Tapi cara saudara buat tu lagi jimat kos, good job!.

    Salam dari: pronictech.blogspot.com/

Leave a Reply to lan (newbie)

What is 7 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)