Spy Pen

It’s a pen? No, It’s a camcorder. Begitulah gambarannya bagi gajet ini. Rekabentuk gajet ini seperti sebatang pen tetapi mampu untuk merakam video. Ya, begitulah giler canggih bagi gajet ini. Gajet ini di inovasi dari Negara China.

Gajet ini hanya seberat 30g dengan berdimensi 150mm x 15mm x 15mm. Walaupun bersaiz kecil, ia dilengkapi kamera, microphone dan USB port. Saiz gajet ini sememangnya bersaiz sebatang pen dan anda masih boleh menggunakan gajet ini untuk menulis. Jadi berbaloilah memiliki Spy Pen kerana sememangnya ia menyerupai sebatang pen.

Spy Pen

Spy Pen mudah di bawa kemana-mana dan boleh digunakan untuk kerja-kerja spy. Jaga-jaga kerja spy ni, jangan digunakan untuk merakam perkara yang tidak baik pula. Anda boleh juga gunakan untuk merakam video dan audio ketika anda menghadiri kuliah, taklimat, ceramah atau meeting. Apabila anda merakam, Spy Pen akan terus merakam sehingga anda mematikannya atau sehingga kapasitinya penuh atau sehingga Spy Pen kehabisan bateri. Sila pilih yang mana satu pilihan anda untuk mematikannya.

Gajet ini mempunyai beberapa kapasiti iaitu 2GB, 4GB atau 8GB. Seperti gambar di atas, Spy Pen yang serba hitam itu berkapasiti 4GB manakala yang satu lagi adalah berkapasiti 2GB. Kameranya adalah 2 megapixel. Kualiti video rakamannya baik dan audionya juga baik. Rakamannya terus ditukarkan kepada format AVI. Bagi Spy Pen 2GB, saiz videonya adalah 352 x 288 manakala bagi Spy Pen 4GB dan Spy Pen 8GB, saiz videonya adalah 640 x 480. Saiz videonya adalah lebih kurang 500Kb/min.

Spy Pen

Cara menggunakannya amat mudah sekali. Untuk mengecas Spy Pen, anda perlu menyambungkan kepada USB port computer atau laptop anda. Terdapat juga pilihan menggunakan AC adapter yang berfungsi menyalurkan voltan menyamai USB port. Spy Pen juga boleh berfungsi sebagai pendrive. Mengecas Spy Pen mengambil masa kira-kira 2 jam dan jangka baterinya juga kira-kira 2 jam.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui komponen dalamannya, saya telah membuka Spy Pen ini. Biasalah kan, orang elektrik. Tak puas nak tengok luaran saja. Nak tengok dalaman sekali. Lagipun gajet ini murah sahaja. Rupa dalamannya adalah seperti di bawah. Sememangnya gajet ini terdiri daripada microphone dan kamera yang kecil. Ia juga dilengkapi dengan bateri. Malah keseluruhan komponennya adalah menggunakan SMD (Surface Mount Device) komponen.

Spy Pen

Sesiapa yang mahu memiliki Spy Pen seperti ini, boleh melayari website SpyPen2u.com.

Post ini telah menerima 1,661 views sejak dikeluarkan pada 10:28 PM, Tuesday, 16th June 2009
Category: Gajet Tags: , ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda. Masukkan e-mail anda dan klik subcribe


Anda mungkin belum baca post ini

6 komen untuk Spy Pen

  1. Komen dari hazman aka species1980 pada 5:35 AM, 2nd July 2009

    bro….
    ader tak contoh rakaman yang bro dah buat
    guna spy pen nie…

  2. Komen dari Shahrul pada 9:45 AM, 2nd July 2009

    hazman, ada contoh video. x upload kat sini sebab belum ada video menarik. Hanya video mengarut2.

  3. Komen dari death pada 11:13 PM, 3rd August 2009

    salam bro…
    reganya rm bape untuk 4gb?
    n mana nk dapatkan

  4. Komen dari Shahrul pada 11:22 PM, 3rd August 2009

    death, Harga Spy Pen 4GB adalah RM160, boleh dapatkan di website spypen2u.com.

  5. Komen dari KertaZ pada 6:31 PM, 10th August 2009

    Ada mmber ckp yg quality cam dia x bgus.. X tau la btol ke x..

  6. Komen dari Shahrul pada 10:35 PM, 12th August 2009

    KertaZ Aku guna spy pen ok je. Boleh tgk video dan dgr suara dia. Boleh try search video spy pen kat youtube.

Dah baca, tinggalkan komen anda disini