Smart Car
Projek smart car ini adalah untuk pertandingan perlumbaan kereta elektrik yang di anjurkan oleh IEEE dan Freescale Malaysia pada Disember 2008. Ini adalah projek saya yang terakhir ketika di universiti. Smart car ini direka untuk bergerak secara automatik dan mengikut garisan yang berwarna hitam.
Smart car ini menggunakan microcontroller daripada Freescale. Microcontroller ini di berikan percuma oleh Freescale. Model microcontroller ini adalah MC9S12DG128. Pertandingan ini selain memberi peluang pelajar mengaplikasikan kemahiran, malah juga memberi peluang Freescale menguji produk microcontroller mereka.