Saya mendapat pertanyaan pengunjung blog ini, apakah perbezaan Assembly Language dan C Language? Saya juga tidak mempunyai jawapan yang tepat, tetapi saya pernah menggunakan Assembly Language dan C Language. Sekarang saya hanya menggunakan C Language setelah menggunakan Assembly Language pada tahun 2006-2008. Bagi saya, C Language lebih mudah kerana programming nya lebih ringkas. Di bawah adalah contoh program C yang di gunakan dalam PIC.

Baca Seterusnya »
Ditulis pada 19th May 2010
| 5 Komen »
Tahu tak PIC? PIC kat sini bukan picture atau pig. PIC di sini adalah singkatan bagi Peripheral Interface Controller. PIC ni adalah microcontroller yang di keluaran oleh Microchip Technology. PIC ni popular kerana harganya murah. Saya tak tipu. Bukan saya je cakap, orang lain pun cakap sama gak. Malah (en) Wikipedia pun tulis begitu.
Seperti yang diketahui, anda boleh gunakan assembly language atau C language untuk memprogram PIC. Menggunakan assembly language membolehkan programmer mengarahkan apa yang processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language.
Menggunakan C language pula, memerlukan anda menggunakan C compiler. Bagi PIC, kiranya telah wujud banyak compiler. Menggunakan C language juga adalah lebih mudah di fahami berbanding assembly language.
Ketika mula-mula saya belajar PIC menggunakan assembly language. Saya menggunakan software MPLab untuk membuat programming. Pada ketika itu, saya belum menjumpai compiler yang boleh di gunakan untuk PIC. Kemudian sejak keluarnya MPLab version 8.20, telah tersedia dengan Hi-Tech Compiler. Kini saya selesa menggunakan C programming dengan Hi-Tech compiler ini.
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 31st May 2009
| 5 Komen »

Tahu tak apa itu microcontroller? Bagi student atau bekas student engineering, mungkin tahu benda ni. Adakah ia seperti biskut kering? Tidak, benda ini sangatlah penting dalam sistem teknologi sekarang. Cewah, macam expert pulak. Nak ajar budak sekolah tadika boleh la.
Sebenarnya microcontroller dalam bahasa mudahnya adalah IC yang boleh diprogramkan. Apa pula IC ni, Identity Card ke? Bukanlah. Identity Card kan sudah dikenali sebagai MyKad. IC iaitu Integrated Circuit, ala komponen warna hitam yang banyak kaki tu.
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 29th May 2009
| 11 Komen »
Apa, anda fikir engineer dengan scientist tu sama ke? Tak sama la. Ada beberapa versi jawapan untuk perbezaan engineer dan scientist ni. Jawapan versi tidak matang:
“Engineer adalah engineer la, Scientist adalah scientist la”.
Jawapan versi lawak adalah:
“Engineer dan Scientist mempunyai sebutan yang berlainan. Perkataan Engineer bermula dengan huruf ‘E’ manakala perkataan Scientist bermula dengan huruf ‘S’.”
Jawapan di atas sememangnya betul. Tidak dapat disalahkan pun. Tetapi mesti hati anda rasa panas jika dapat jawapan seperti itu. Perbezaan diantara Engineer dan Scientist sebenarnya adalah seperti berikut:
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 26th May 2009
| 8 Komen »
Walaupun kita biasa dengar perkataan robot, marilah kita berkenal-kenalan dengan benda yang bernama robot ni. Manalah tahu, jatuh hati pula nanti. Perkataan Robot pertama kali digunakan oleh Karel Capek di R.U.R (Rossum’s Universal Robots) pada tahun 1921. Ia berasal daripada perkataan Czech ‘Robota’, yang bermaksud buruh paksa. Tetapi definasi robot itu sangat meluas.
Saya letakkan beberapa definasi yang dikeluarkan oleh beberapa orang Barat dan juga seorang warganegara Malaysia. Saya letakkan definasi asal, maknanya saya tidak menterjemahkan definasi English mereka.
Alan Mackworth, Pengarah University of British Columbia Laboratory untuk Computational Intelligence dan Presiden American Association untuk Artificial Intelligence berkata:
“It’s a machine that can sense and act and react in the world and possibly involves some reasoning for performing these actions, and it does so autonomously. By that definition a thermostat would be a robot. Though it’s not ‘aware’ it has a goal, that awareness isn’t required.”
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 26th May 2009
| 1 Komen »