Pada 24-26 Februari 2012, telah berlangsungnya pertandingan MURoC di Dewan 2020, Perlis yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Ia juga mendapat sponsor daripada Microchip. Pertandingan MURoC 2012 adalah kali ketiga diadakan. Ini adalah cerita MURoC tahun lepas.
Posts Tagged ‘Pertandingan’
Pada 13-15 September 2011 berlangsungnya Freescale Cup 2011 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Freescale Cup adalah pertandingan Intelligent Car Racing yang dianjurkan oleh Freescale sejak tahun 2008. Namun, pada tahun 2008 ia dikenali Freescale Smart Car. Saya pergi tonton pada tiga hari berturut-turut. Freescale Cup 2011 diadakan bersama Pecipta 2011. Freescale Intelligent Car mestilah menggunakan microcontroller daripada Freescale iaitu microcontroller MC9S12XS128.

Robocon adalah satu pertandingan robot di kalangan pelajar universiti, kolej dan politeknik di dalam rantau Asia-Pasifik. Pertandingan ini di mulakan pada tahun 2002 dan di anjurkan oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Tujuan pertandingan ini untuk mengeratkan persahabatan di kalangan golongan muda yang mempunyai minat sama dan bakal memimpin di abad 21. Robocon di adakan setiap tahun dengan beberapa negara ahli ABU di pilih untuk menjadi tuan rumah. Setiap kali Robocon, terdapat tema tersendiri yang di pilih oleh tuan rumah.
Pertandingan-pertandingan Robocon yang lepas.
| Tahun | Tuan Rumah | Tema |
| 2002 | Tokyo, Jepun | Reach for the Top of Mt. Fuji |
| 2003 | Bangkok, Thailand | Takraw Space Conqueror |
| 2004 | Seoul, Korea Selatan | Reunion of Separated Lovers, Gyeonwoo & Jiknyeo |
| 2005 | Beijing, China | Climb on the Great Wall Light the Holy Fire |
| 2006 | Kuala Lumpur, Malaysia | Building the World’s Tallest Twin Tower |
| 2007 | Hanoi, Vietnam | Halong Bay Discovery |
| 2008 | Pune, India | Touch the Sky |
| 2009 | Tokyo, Jepun | Travel Together for the Victory Drums |
| 2010 | Cairo, Egypt | Robo-Pharaohs built pyramids |
| 2011 | Bangkok, Thailand | Loy Krathong, Lightning Happiness with friendship |
Bagi peminat robot, pada 13-18 Jun 2011 telah berlangsungnya pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Tema Robocon baca disini. Sebanyak 36 pasukan bertanding daripada beberapa buah universiti, kolej dan politeknik. Senarai pasukan adalah seperti di bawah.

Pada 25-27 Februari 2011, telah berlangsungnya pertandingan MURoC di Dewan 2020, Perlis yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Pertandingan MURoC 2011 adalah kali kedua diadakan. Sebagai peminat robot, saya mengambil kesempatan menyaksikannya. Terdapat tiga pertandingan robot iaitu Paintball Robot, Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.
