Tag: Project

Ex Final Project

Di sini saya ingin berkongsi tentang final projek saya ketika degree. Degree saya ialah kejuruteraan elektrik major instrumentation. Tajuk final projek saya adalah ‘Photovoltaic Monitoring System Using Web Based System’.

Projek saya ketika itu dengan supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Maliki dan co-supervisor saya iaitu Prof Madya Dr. Sulaiman Shaari. Dr. Maliki adalah otai dalam Power electronic dan Dr. Sulaiman adalah otai dalam Photovoltaic.

Read More

Projek Lama

Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.

Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.

Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.

Read More