RoboCup adalah pertandingan robot antarabangsa dimulakan sejak tahun 1997. Nampaknya RoboCup dimulakan lebih awal berbanding Robocon. Tujuan RoboCup adalah menghasilkan Robot Automatik Bola Sepak dengan mengembangkan pendidikan dan kajian dalam kebijaksanaan rekaan (AI – Artificial Intelligence).
Target pertandingan RoboCup adalah:-
Pada pertengahan abad 21, sebuah pasukan bola sepak humanoid robot akan memenangi pertandingan bola sepak sesuai dengan peraturan rasmi FIFA melawan pemenang rasmi Piala Dunia.
Pada tahun ini, RoboCup akan diadakan di Singapura pada 19-25 Jun 2010 dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung empat tahun sekali juga berlangsung tahun 2010 di Afrika Selatan.