Posts Tagged ‘Robot’

August 13th, 2010  Posted at   Umum
,    |   2 Comments

Pernahkah anda bermain maze solving? Permainan laluan yang bersimpang siur, kemudian anda mencari jalan keluar dari titik permulaan sehingga ke penghujungnya. Permainan ini dahulu dimainkan di atas sehelai kertas. Kini, tak mencabar la main atas kertas. Kita programkan robot untuk menyelesaikan maze. Antara robot yang dihasilkan jurutera bagi permainan maze solving adalah robot Pololu 3pi.

(more…)

May 30th, 2010  Posted at   Pengetahuan Am

RoboCup adalah pertandingan robot antarabangsa dimulakan sejak tahun 1997. Nampaknya RoboCup dimulakan lebih awal berbanding Robocon. Tujuan RoboCup adalah menghasilkan Robot Automatik Bola Sepak dengan mengembangkan pendidikan dan kajian dalam kebijaksanaan rekaan (AI – Artificial Intelligence).

Target pertandingan RoboCup adalah:-

Pada pertengahan abad 21, sebuah pasukan bola sepak humanoid robot akan memenangi pertandingan bola sepak sesuai dengan peraturan rasmi FIFA melawan pemenang rasmi Piala Dunia.

Pada tahun ini,  RoboCup akan diadakan di Singapura pada 19-25 Jun 2010 dan Piala Dunia FIFA yang berlangsung empat tahun sekali juga berlangsung tahun 2010 di Afrika Selatan.

(more…)

January 11th, 2010  Posted at   Pengetahuan Am

ASIMO adalah sebuah humanoid robot yang dikeluarkan oleh Honda. ASIMO adalah singkatan bagi Advanced Steps  in Innovative Mobility. Ia berukuran 130cm tinggi dan berat 54kg. Cirinya yang sangat penting adalah sebuah robot yang boleh bergerak dengan menggunakan kaki seperti manusia. Kajian untuk membolehkan ASIMO berjalan sahaja mengambil masa bertahun-tahun sehinggalah terciptanya Walking Technology.

Walaupun kini pergerakan ASIMO dilihat seperti hiburan, tetapi pembangunan humanoid robot satu hari nanti pasti akan membantu kerja-kerja manusia. Sanggupkah anda mengupah ASIMO satu hari nanti bagi berkerja untuk anda? Mari kita lihat proses-proses awal perkembangan ASIMO.

(more…)

August 5th, 2009  Posted at   Pengetahuan Am
,    |   7 Comments

Saya terjumpa video robot Jepun ni. Sememangnya Jepun negara yang maju dalam bidang robotik. Sehinggakan mereka mampu mengaplikasikan robot dalam kehidupan seharian mereka walaupun kos robot ini sangat mahal. Contohnya robot membuat ramen seperti ini.

Robot ini dah seperti robot industri. Tapi ianya hanya digunakan di kedai ramen. Asas keperluan robot adalah bagi membantu pekerjaan manusia. Robot mungkin di cipta untuk sesuatu pekerjaan yang khusus, seperti ini robot yang hanya membuat ramen.

(more…)

June 4th, 2009  Posted at   Peribadi

Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.

Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.

Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.

(more…)