Di sini hanyalah projek-projek lama. Projek masa muda-muda, masa bergelar student dulu. Tak la lama sangat, sebab kenangan student tu masih belum setahun berlalu. Saya baru saja bekerja sebagai R&D Engineer selama 3 bulan. Selepas tamat belajar, sebelum bekerja pun sempat lagi pergi kursus Xilinx FPGA selama 2 bulan kendalian Symmid Corporation Sdn Bhd.
Kenangan projek yang tidak boleh lupa adalah ketika terlibat dengan pertandingan Robocon. Selama 3 tahun bersusah payah dengan Kelab Robot UiTM iaitu IRC. Saya terlibat pada tahun 2006, 2007 dan 2008. Walaupun bersusah payah, tapi memang seronok buat projek robot sebab sudah minat dengan kerja-kerja engineering.
Sudah menjadi lumrah pelajar, kelab-kelab teknikal seperti ini tidak mendapat sambutan kerana tidak membabitkan akademik. Maklumlah, ketika buat projek ini perlu bersusah payah tanpa mendapat apa-apa elaun dan juga tiada tambahan kredit. Pelajar hanya belajar untuk cemerlang peperiksaan sahaja.
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 4th June 2009
| 11 Komen »
Walaupun kita biasa dengar perkataan robot, marilah kita berkenal-kenalan dengan benda yang bernama robot ni. Manalah tahu, jatuh hati pula nanti. Perkataan Robot pertama kali digunakan oleh Karel Capek di R.U.R (Rossum’s Universal Robots) pada tahun 1921. Ia berasal daripada perkataan Czech ‘Robota’, yang bermaksud buruh paksa. Tetapi definasi robot itu sangat meluas.
Saya letakkan beberapa definasi yang dikeluarkan oleh beberapa orang Barat dan juga seorang warganegara Malaysia. Saya letakkan definasi asal, maknanya saya tidak menterjemahkan definasi English mereka.
Alan Mackworth, Pengarah University of British Columbia Laboratory untuk Computational Intelligence dan Presiden American Association untuk Artificial Intelligence berkata:
“It’s a machine that can sense and act and react in the world and possibly involves some reasoning for performing these actions, and it does so autonomously. By that definition a thermostat would be a robot. Though it’s not ‘aware’ it has a goal, that awareness isn’t required.”
Baca Seterusnya »
Ditulis pada 26th May 2009
| 2 Komen »