Tempah Kad Kahwin Secara Online
Bagi pasangan yang ingin berkahwin, pasti sibuk dengan berbagai-bagai persiapan. Namun persiapan kad jemputan kahwin juga tidak dilupakan. Jika anda mahu mencari kedai kad kahwin, mungkin termenggu seketika. Mungkin kita jarang atau belum pernah menempah kad jemputan. Maklumlah, jarang sekali menguruskan perkahwinan. Sama ada melibatkan diri dalam menempah kad jemputan kahwin sendiri ataupun saudara mara kan.
Kini anda tidak perlu pening-pening lagi. Sekarang zaman IT. Terdapat pilihan untuk anda membuat tempahan kad jemputan kahwin secara dalam talian ataupun online. Tempahan kad kahwin secara online pasti akan memudahkan anda dan selalunya anda boleh mendapat harga yang lebih murah.
Ini adalah antara kedai kad kahwin secara online, HotKadKahwin.com. Tempahan secara online, anda akan ditunjukkan contoh-contoh gambar kad kahwin. Terdapat banyak pilihan rekabentuk dengan harga yang berpatutan. Cuba anda lihat antara kad-kad tersebut.
Prosedur tempahan online mudah sahaja. Anda perlu mengisi borang tempahan dan menyediakan peta dan gambar yang anda ingin letakkan. Setelah anda memberikan deposit, mereka akan memulakan rekabentuk Artwork atau design. Kalau kita tidak kreatif design, serahkan saja kepada pihak mereka untuk design. Ini kerana, mereka akan memperlihatkan artwork tersebut kepada anda untuk pengesahan sebelum cetak. Percetakan tidak dilakukan sekiranya anda tidak setuju dengan artwork tersebut.
Selepas anda mengesahkan artwork, percetakan akan dilakukan dalam masa 7-14 hari bekerja. Mereka akan menghubungi anda setelah tempahan siap dan apa lagi, anda selesaikanlah baki bayaran.
Bonus untuk anda, website tersebut memberikan dua bahan percuma iaitu Prosedur Ujian HIV dan Surat Akuan Bujang. Nak tambah persediaan anda, bagi pihak lelaki untuk persediaan akad nikah di NikahKahwin.com.
Post ini telah menerima 2,158 views sejak dikeluarkan pada 5:10 PM, Wednesday, 14th October 2009
Category: Umum Tags: Kad, Kahwin
Sesuai bagi yang tiada masa.buat digital hantar melalui jimat kos.hehehee….
1) Adakah ada komisyen dibayar utk recommendation tempahan bg customer yg xonline?
2) Bolehkah saya menumpang pakej kahwin utk multimedia recording/video/filmaking dsbg?
Lagi bagus kalau Tuan dapat col & berbincang. Sila hubungi 0193966846.TQ
semangka
1) Bro boleh ambil tempahan customer secara offline, kemudian order secara online utk dpt komisen.
2) Utk menumpang atau share perkhidmatan, perlu hubungi pihak HotKadKahwin terus.