Arus Terus Dan Arus Ulang-alik

Arus terus (AT) ataupun direct current (DC) merupakan arus elektrik yang mengalir dalam satu hala sahaja. Arus ulang-alik (AU) ataupun alternating current (AC) pula merupakan arus elektrik yang berulang-alik arah pengaliran arusnya. Sumber asas arus terus adalah bateri manakala sumber asas arus ulang-alik adalah soket rumah.


Arus terus

Arus ulang-alik

Di atas adalah graf arus terus melawan masa dan graf arus ulang-alik melawan masa. Dalam arus terus, nilai magnitud di ambil kira sama ada magnitudnya tetap ataupun magnitud berubah-ubah mengikut masa selagi ia tidak menukar arah iaitu tidak melintasi nilai kosong.

Dalam arus ulang-alik pula, nilai magnitud dan nilai frekuensi di ambil kira. Magnitud arus ulang-alik juga boleh tetap ataupun berubah-ubah. Frekuensi adalah bilangan ulangan dalam masa satu saat. Frekuensi juga boleh tetap ataupun berubah-ubah.

Penukaran arus ulang-alik kepada arus terus lebih mudah berbanding penukaran arus terus kepada arus ulang-alik. Arus ulang-alik ditukarkan kepada arus terus menggunakan recifier manakala arus terus ditukarkan kepada arus ulang-alik menggunakan inverter.

Sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen janakuasa sehingga ke rumah menggunakan arus ulang-alik. Ini kerana, voltan arus ulang-alik mudah dinaikkan dan juga diturunkan menggunakan transformer.

Penghantaran elektrik dilakukan dalam keadaan voltan tinggi supaya merendahkan nilai arus. Arus yang rendah bertujuan mengurangkan kehilangan kuasa dalam kabel penghantaran.


Post ini telah menerima 5,013 views sejak dikeluarkan pada 3:38 pm, Tuesday, 21st December 2010
Category: Umum Tags:
Tukar kepada file PDF
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Leave a Reply

What is 14 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)