Terrafugia, Kereta Terbang

Keinginan manusia untuk terbang sudah wujud sejak dulu lagi. Setelah wujudnya kapal terbang, keinginan manusia untuk terbang telah direalisasikan. Namun kegunaan kapal terbang adalah untuk perjalanan yang jauh dan kapal terbang juga bukanlah milik persendirian. Jadi, masih ramai yang belum berkesempatan menaiki kapal terbang. Begitu juga saya. Mungkinkah akan datang, kita boleh membawa kenderaan sendiri untuk terbang pada bila-bila masa sahaja?

Kini telah wujudnya kereta yang boleh terbang. Kereta ini dinamakan Terrafugia. Terrafugia mungkin kiranya sebuah pesawat kecil yang boleh bergerak di jalan raya. Untuk bergerak di jalan raya, sayapnya boleh dilipat supaya tidak menggangu pengguna jalan raya lain dan juga membolehkan Terrafugia di simpan di dalam garaj kereta anda.

Sayap Terrafugia dipasang electro-mechanical bagi membolehkannya dilipat. Sayapnya dilipat dalam jangka masa 30 saat. Saiz Terrafugia ketika dilipat adalah 6′ 9” (2.06m) tinggi, 80” (2.03m) lebar dan 18′ 9” (5.72m) panjang. Saiz ketika sayapnya dibuka adalah 6′ 3” (1.91m) tinggi, 19′ 2” (5.84m) panjang dan panjang sayapnya pula adalah 27′ 6” (8.38m). Anda boleh memandu Terrafugia ini dengan mengikuti kursus selama 20 jam.

Terrafugia memerlukan landasan untuk berlepas dan mendarat. Oleh itu, bagi memandu Terrafugia terbang perlu berlepas dan mendarat di lapangan terbang sahaja atau di jalan raya yang lurus. Mungkin kereta yang menyerupai helikopter lebih menarik perhatian. Walaubagaimanapun, kereta yang boleh terbang ini adalah satu inovasi yang menarik.

Sekarang kita lihat pula video Terrafugia ini.

Website rasmi terrafugia.com


Post ini telah menerima 3,294 views sejak dikeluarkan pada 4:19 PM, Friday, 23rd October 2009
Category: Pengetahuan Am Tags: ,
Anda sukakan post ini, apa kata anda subcribe blog ini. Post terbaru akan dihantar ke alamat e-mail anda.
Masukkan e-mail anda dan klik subcribe.

Anda mungkin belum baca post ini

4 komen untuk Terrafugia, Kereta Terbang

  1. 1. Komen dari Kobot pada 12:59 PM, 24th October 2009

    Aik.. macam2 pula idea dorg ni, sampai kereta pun bloeh terbang hehe..

  2. 2. Komen dari MajalahSains pada 6:50 AM, 25th October 2009

    terima kasih atas kunjungan anda ke laman MajalahSains.Com..

    Semoga kita dapat bekerjasama pada masa akan datang!

  3. 3. Komen dari syin pada 3:05 PM, 30th October 2009

    haha…bila la nk ada di pasaran… mesti kena ada dua gred lesen..1 utk kereta, 1 untuk pilot…

  4. 4. Komen dari anak melayu pada 6:06 AM, 7th September 2010

    katanya akhir tahun ni dah ada dijalan raya….harganya lebih kurang RM650 ribu…

    tak perlu lesen kapal terbang utk memilikinya atau menerbangkan pesawat ini..,hanya perlu menjalani latihan selama 20 jam saja,dan selepas itu anda layak utk memandun dan menerbangkan pesawat ini….

    memerlikan landasan sepanjang 518 meter….kena pergi ke lebuhraya atau lapangan terbang kecil utk menerbangkannya….

Dah baca, tinggalkan komen anda disini