Transistor

April 9th, 2010  Posted at   Elektronik

Transistor adalah komponen semiconductor, kebiasaannya digunakan untuk amplifier atau switch. Dalam projek microcontroller, transistor digunakan sebagai switch untuk menghidupkan komponen yang mempunyai arus yang lebih besar berbanding arus yang dapat dibekalkan oleh microcontroller. Ini kerana, microcontroller hanya dapat memberikan voltage 5V.

Transistor mempunyai tiga kaki dan di label CBE iaitu Collector, Base dan Emitter. Transistor mempunyai dua jenis iaitu jenis NPN dan PNP. Gambar schematic di atas adalah menggunakan transistor NPN. Transistor adalah controlled current iaitu arus pada collector akan mengalir sekiranya terdapat arus pada base. Arus pada collector akan menghidupkan sebarang komponen di collector atau load. Contoh komponen yang boleh di pasang pada load adalah LED yang banyak, Backlight LCD, Relay dan sebagainya.

Bagi mengawal arus base, microcontroller akan memberikan voltage sama ada low logic 0V atau high logic 5V. Jika microcontroller memberi 0V, transistor akan OFF dan load tidak berfungsi. Jika microcontroller memberi 5V, transistor akan ON dan load juga akan dihidupkan.

Selari dengan load, terdapat diode di pasang. Ini berfungsi untuk inductive load seperti relay. Coil relay mempunyai inductor. Apabila transistor di matikan, arus di dalam coil tidak boleh di hentikan begitu sahaja. Ia memerlukan laluan lain untuk turun kepada kosong. Jadi, diode di pasang bagi mengalirkan arus daripada inductor tersebut.

Anda mungkin belum baca post ini

  • Mosfet MOSFET adalah singkatan bagi Metal Oxide Semiconductor Field Effect Transistor. MOSFET berfungsi ...
  • Relay Relay adalah sejenis suis, iaitu suis yang beroperasi daripada isyarat elektrik. Kebanyakan relay...
  • Optocoupler Optocoupler ataupun opto-isolator adalah satu komponen yang boleh mengawal litar elektrik yang la...
  • ULN2803 ULN2803 adalah pakej lapan NPN Transistor di dalam satu chip yang mempunyai 18 pin. ULN2803 sesua...
  • MAX232 Driver MAX232 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan antara isyarat RS232 dan UART. MAX232 mempu...

8 komen untuk Transistor

  1. 1. Komen dari fatimah pada 3:47 PM, 28th October 2010

    apa pendapat saudara….untuk projek saya…saya nak guna ir transmitter diode, pastu akan disambung ke phototransitor diode….boleh tak output phototransistor tu saya connect terus ke analog kaki ic…kalau tak guna resistance boleh tak?kalau nak tahu nilai yang sesuai…utk resistance mcm mana?

  2. 2. Komen dari Shahrul pada 5:23 PM, 28th October 2010

    LED dan IR Transmitter biasa beroperasi antara 1V-2.5V. Keluaran IC 5V, jd LED dan IR kena pasang series dgn resistor.

    Untuk receiver, boleh sambung terus kpd analog input ataupun pasang comparator IC.

  3. 3. Komen dari wan pada 11:20 AM, 8th March 2011

    salam…jika kita menggunakan pushbutton gantikan transistor adakah perlu letak in4001

  4. 4. Komen dari Shahrul pada 11:33 AM, 8th March 2011

    wan, untuk push button tgk Lesson Push Button, litar diatas tiada kaitan dgn push button.

  5. 5. Komen dari ida pada 5:15 PM, 20th August 2011

    salam..sayer nk tnye…sy buat projek smart parking sistem ape kgunaan trnsistor tu dlm projek sy?

  6. 6. Komen dari hafiz pada 10:22 PM, 21st October 2011

    sya ingin membuat ampfer sendiri.tapi sya tidak tahu membuatnya mengunakan trnsistor.sya ingin mepljari bgaimana untuk mebuat aplifer.jika anda tahu blh anda terng atau mengajar sya

  7. 7. Komen dari Shahrul pada 10:29 PM, 21st October 2011

    hafiz, saya pun x tahu design amplifier. Saya lebih fokus pada design microcontroller circuit dan programming.

  8. 8. Komen dari MUHAMMAD RAFIK pada 2:03 AM, 6th December 2011

    bro, wa minat giller ni semua, saya nak belajar bnyk tentang elektronik lebih lanjut…. mcm diod kuasa

Dah baca, tinggalkan komen anda disini

What is 14 + 6 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)