Transistor


Transistor adalah komponen semiconductor, kebiasaannya digunakan untuk amplifier atau switch. Dalam projek microcontroller, transistor digunakan sebagai switch untuk menghidupkan komponen yang mempunyai arus yang lebih besar berbanding arus yang dapat dibekalkan oleh microcontroller. Ini kerana, microcontroller hanya dapat memberikan voltage 5V.

Transistor mempunyai tiga kaki dan di label CBE iaitu Collector, Base dan Emitter. Transistor mempunyai dua jenis iaitu jenis NPN dan PNP. Gambar schematic di atas adalah menggunakan transistor NPN. Transistor adalah controlled current iaitu arus pada collector akan mengalir sekiranya terdapat arus pada base. Arus pada collector akan menghidupkan sebarang komponen di collector atau load. Contoh komponen yang boleh di pasang pada load adalah LED yang banyak, Backlight LCD, Relay dan sebagainya.

Bagi mengawal arus base, microcontroller akan memberikan voltage sama ada low logic 0V atau high logic 5V. Jika microcontroller memberi 0V, transistor akan OFF dan load tidak berfungsi. Jika microcontroller memberi 5V, transistor akan ON dan load juga akan dihidupkan.

Selari dengan load, terdapat diode di pasang. Ini berfungsi untuk inductive load seperti relay. Coil relay mempunyai inductor. Apabila transistor di matikan, arus di dalam coil tidak boleh di hentikan begitu sahaja. Ia memerlukan laluan lain untuk turun kepada kosong. Jadi, diode di pasang bagi mengalirkan arus daripada inductor tersebut.


10 responses to “Transistor”

  1. apa pendapat saudara….untuk projek saya…saya nak guna ir transmitter diode, pastu akan disambung ke phototransitor diode….boleh tak output phototransistor tu saya connect terus ke analog kaki ic…kalau tak guna resistance boleh tak?kalau nak tahu nilai yang sesuai…utk resistance mcm mana?

    • LED dan IR Transmitter biasa beroperasi antara 1V-2.5V. Keluaran IC 5V, jd LED dan IR kena pasang series dgn resistor.

      Untuk receiver, boleh sambung terus kpd analog input ataupun pasang comparator IC.

  2. sya ingin membuat ampfer sendiri.tapi sya tidak tahu membuatnya mengunakan trnsistor.sya ingin mepljari bgaimana untuk mebuat aplifer.jika anda tahu blh anda terng atau mengajar sya

  3. bro, wa minat giller ni semua, saya nak belajar bnyk tentang elektronik lebih lanjut…. mcm diod kuasa

  4. bro,boleh ke pakai transistor pada intergrated light motosikal,kerana selalu terbakar LED intergrated light saya..harap boleh bantu bro shahrul

Leave a Reply to Shahrul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *