Tukar Gasket Persediaan Balik Raya
Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi. Nak balik raya, saya bawa kereta pergi servis. Dalam fikiran, hanya nak menukar minyak hitam. Akan tetapi, ada kebocoran minyak hitam. Kebocoran itu berlaku pada gasket. Jadi, saya mahu beritahu apa itu gasket?

Gasket adalah kepingan mekanikal yang di letakkan antara dua permukaan yang ingin dicantumkan. Kegunaan gasket adalah untuk mengelakkan kebocoran. Gasket diperbuat daripada beberapa jenis bahan seperti kertas, getah, silikon, logam, gabus (cork), rasa (felt) dan fiberglass.
Selepas itu, saya menukar pula bumper depan yang patah sebulan lepas. Bumper adalah bahagian paling depan atau belakang sebuah kereta. Bumper di reka untuk menyerap hentakan tanpa merosakkan sistem keselamatan kenderaan. Berapa kos untuk servis ini?
Saya dikenakan RM138 bagi menukar gasket dan minyak hitam kemudian RM163 bagi menukar bumper. Kedua-dua servis itu di kedai yang berbeza. Saya menggunakan kemudahan Maybank Visa Debit Card. Bergantung kepada kedai, penggunaan debit kad dikenakan bayaran lebih sebanyak 5%.

Category: Peribadi Tags: Kereta, Maybank
Thanks for the info.
Lepas ni perempuan pun leh tau bab2 kete.
Bagus awal-awal lagi dah buat persiapan. Raya tahun lepas saya sangkut di highway, sebabnya overheat. So beware sesiapa yang nak jalan jauh pastikan kereta dalam good condition
good info bg sesiapa yang x pernah tahu. Lagi satu mmg saudara mempunyai perancangan teliti sempena raya ni. Sempena raya ni mmg elok wat servis untuk perjalanan jauh. Kes mantra bleh dijadikan peringatan wat kita semua. siap sedia awal2, nti jimat masa,wang,dan tenaga.
shahrul, teringat pulak saya masa praktikal kat bengkel kereta dulu..baru tau orang kerja mekanik ni bkn dpt duit senang2..jadi jangan demand lebih tapi mintak murah-murah.
Repair jangan tak repair…jalan jauh ni…kadang-kadang bengkel ambil kesempatan main harga bila repair kenderaan…
Lebih baik kita jaga kereta supaya x rosak dlm keadaan terdesak. Kalau rosak tgh2 jalan kat highway, lg la menyusahkan diri.
Shahrul, anda mmg hebat..
camne bro kalau kereta saya suka makan minyak hitam. lebih kurang seminggu sekali kena topup minyak engin. tak leaking pon kat tempat parking, kemanakah dia pergi?
luthtextile, x tahu lah cam ne minyak hitam kereta ko bleh kurang cepat sgt. Kereta aku leaking pun, x smpi kering. Nk servis baru perasan tu.
Semalam aku repair kereta. fuh, tukar tayar, ganti bearing, buat elemen. waduh Rm 700 lebih, sakit-sakit kepala.
Nasib baik dah sempat servis kereta awal-awal lagi. Selesai bab tu.
huhu..dah lama tukar. kalau tak, memang meragam aje.
assalamualaikum
terima kasih kerana singgah di http://www.bukaminda.com
cerita pasal gasket nih, minyak enjin kereta saya pun bocor lah, mungkin gasket atau o-ring seal pada distributor, rasanya lah. Tapi raya baru ni saya dah sediakan setong minyak engin spare mana tau kut2 kering.
malas nak beratur tu pasal spare minyak enjin-tidak digalakkan mengikut cara ini, langkah yang terbaik pergi workshop tukar je.