UiTM Melancarkan Satelit Nano UiTMSAT-1
UiTM telah membina dan melancarkan satelit nano yang dinamakan UiTMSAT-1 ke angkasa lepas. Satelit nano tersebut bersaiz 10cm X 10cm X 10m dan seberat 1kg dibina oleh dua pelajar UiTM iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami. Mereka adalah pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang menyambung pengajian peringkat Sarjana dan PhD di Jepun. UiTM menanggung kos barangan membina satelit nano tersebut sekitar RM500,000. Ia dibina dengan kerjasama Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2).
UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama satelit dari dua negara lain iaitu BHUTAN-1 (Bhutan) dan MAYA-1 (Filipina). Kesemua satelit dilancarkan oleh roket Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5:47 petang 29 Jun 2018 waktu Malaysia. Satelit UiTMSAT-1 akan diletakkan di ISS sebelum dilepaskan ke orbit pada bulan Ogos yang berjarak kira-kira 400,000 kilometer dari bumi untuk mengelilinginya. UiTMSAT-1 mempunyai misi nya iaitu
- Pengambilan imej
- Menguji korelasi lokasi satelit
- Ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS)
- Mengukur medan magnetik di angkasa untuk pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara
- Komunikasi radio.
UiTMSAT-1 akan berkelajuan 28,000 km sejam dan ia mampu mengelilingi bumi sehingga tujuh kali sehari. Ia akan melalui Malaysia dalam tempoh sekitar 10 minit, iaitu tempoh masa bagi mengumpul data bagi tujuan penyelidikan.
Sumber dari:
Leave a Reply