Voltage Regulator

Voltage Regulator adalah komponen biasa dalam litar elektrik. Mempunyai 3 kaki. Tujuannya adalah untuk menstabilkan output voltage. Ia selalu digunakan sebagai power supply kepada komponen yang sensitive voltage. Ia juga boleh dikenali Step Down DC-DC Converter.

Contohnya sebuah IC yang memerlukan +5V. Anda mempunyai bateri +9V. Direct connection dari bateri ke IC akan merosakkan IC tersebut. Di sini, anda perlu memasang Voltage Regulator supaya:

  • Menurunkan voltage dari +9V kepada +5V.
  • Mengekalkan output voltage pada +5V walaupun voltage bateri telah menurun.

Di atas adalah circuit diagram untuk voltage regulator. Kebiasaanya capacitor diletakkan di hadapan dan belakang voltage regulator untuk menstabilkan voltage input dan output. Nilainya tidaklah terlalu kritikal dan kebiasaannya saya meletakkan 10uF setiap satu.

Perlu diketahui juga maximum current bagi LM7805. Anda boleh menyambung beberapa IC menggunakan satu power supply ini. Kebiasaanya voltage regulator biasa hanya mampu memberi current sehingga 1A. Oleh itu, bilangan IC yang diletakkan tidak boleh beroperasi melebihi 1A.

Terdapat beberapa output voltage bagi voltage regulator bergantung kepada nombor komponennya. Seperti 7806 untuk keluaran +6V, 7808 untuk keluaran +8V, 7809 untuk keluaran +9V, 7810 untuk keluaran +10V, 7812 untuk keluaran +12V, 7815 untuk keluaran +15V, 7818 untuk keluaran +18V dan 7824 untuk keluaran +24V. Perlu dipastikan input voltage bagi setiap regulator adalah 2V lebih tinggi dari output voltagenya.

Terdapat juga voltage regulator untuk negative supply. No komponennya menggunakan siri 79 seperti 7905, 7906, 7908, 7910, 7912, 7915, 7918 dan 7924. Circuit diagram lebih kurang sama, cuma menggunakan negative supply. Supply nya perlu dipastikan 2V lebih rendah dari outputnya.

13 Replies to “Voltage Regulator”

  1. Assalamualaikum nak tanya apa yang akan berlaku jika transformer yang digunakan adalah jenis Step down 6V-0V-6V dan IC regulatir yang di gunakan adalah jenis LM7805?

  2. En Shahrul, kebanyakan litar power supply hanya menekankan nilai voltan sahaja. bagaimana dengan nilai ampere nya ? bagaimana kita nak tentukan nilai amp ? tq

  3. Salam tmpang tnya jika saya nk regulate dari adaptor 24vdc 3amp kepada 12vdc 1amp dengan mengunakan voltage regulator 7812 adakah arus akan menurun tepat 1amp?
    (jika dengan mengunakan skematik di atas dengan hanya menukar voltage regulator sahaja)

  4. contohnya saya hendak menggunakan tiga output 12V, 9V dan 5V dengan menggunakan input bateri yang sama iaitu 18V yang menggabungkan dua bateri 9V. apa yang perlu saya ubah pada litar diatas.

  5. sekiranya saye menggunakan adaptor output 12vdc dan bukannya bateri….apekah yang perlu diubah dalam litar?? 12vdc dan output 5vdc… adekah kena tambah diode? sy ade melihat litar2 dlm internet dan mereka menggunakan diode 1n5822…bolehkah sy menggunakan diode 1n4007???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.