January 11th, 2010  Posted at   Pengetahuan Am

ASIMO adalah sebuah humanoid robot yang dikeluarkan oleh Honda. ASIMO adalah singkatan bagi Advanced StepsĀ  in Innovative Mobility. Ia berukuran 130cm tinggi dan berat 54kg. Cirinya yang sangat penting adalah sebuah robot yang boleh bergerak dengan menggunakan kaki seperti manusia. Kajian untuk membolehkan ASIMO berjalan sahaja mengambil masa bertahun-tahun sehinggalah terciptanya Walking Technology.

Walaupun kini pergerakan ASIMO dilihat seperti hiburan, tetapi pembangunan humanoid robot satu hari nanti pasti akan membantu kerja-kerja manusia. Sanggupkah anda mengupah ASIMO satu hari nanti bagi berkerja untuk anda? Mari kita lihat proses-proses awal perkembangan ASIMO.

Read more… »

January 6th, 2010  Posted at   Umum

Bermain Paintball semestinya seronok. Namun bukan semua orang sudah merasai permainan Paintball termasuklah saya. Tetapi terdapat cara lain bermain Paintball secara kreatif dan juga seronok dengan bermain Paintball menggunakan robot. Buat pertama kali, Malaysia University Robot Competitions (MURoC) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menganjurkan pertandingan robot yang dinamakan Paintball Robot. Selain itu, pertandingan lain adalah Fire Fighting Robot dan Rope Climbing Robot.

Read more… »

December 31st, 2009  Posted at   Lesson PIC
arrow   |   44 Commentsarrow

ADC bermaksud Analog To Digital Converter. ADC Module adalah fungsi dalam PIC yang membolehkan PIC membaca analog input. Oleh itu, sistem design tidak memerlukan chip tambahan untuk menukarkan analog voltage kepada digital. ADC Module di dalam PIC akan menukarkan analog voltage tersebut kepada digital dan disimpan didalam addressnya.

Analog input hanya terdapat di beberapa pin PIC sahaja. Untuk PIC 28pin, mempunyai 5 analog input dan PIC 40/44pin mempunyai 8 analog input. Antara address-address yang terlibat untuk ADC Module adalah A/D Result High Register (ADRESH), A/D Result Low Register (ADRESL), A/D Control Register 0 (ADCON0) dan A/D Control Register 1 (ADCON1).

Read more… »

December 23rd, 2009  Posted at   Elektronik

MAX232 adalah chip yang digunakan untuk menghubungkan antara isyarat RS232 dan UART. MAX232 mempunyai 16 pin dan menggunakan voltan 5V. Isyarat RS232 kebanyakannya terdapat pada komputer dan beberapa peralatan lain. Isyarat UART pula terdapat pada microcontroller atau IC (Integrated Circuit). Isyarat RS232 dan isyarat UART adalah hampir sama. Ia meliputi isyarat menghantar dan menerima (transmit and receive). Apa yang membezakan kedua-dua isyarat ini hanyalah voltage level.

Read more… »

October 2nd, 2009  Posted at   Umum

PCB adalah singkatan bagi Printed Circuit Board. PCB digunakan untuk menghasilkan satu projek elektrik dengan kemas. Berbanding menggunakan Strip Board atau Breadboard/Protoboard. Apabila membuat design dengan PCB, kedudukan komponen diatasnya lebih kemas dan tersusun. Dengan kedudukan komponen yang teratur, saiz PCB boleh menjadi lebih kecil dan juga projek elektrik anda lebih baik.

Design PCB adalah satu kemahiran yang harus diketahui oleh engineer elektrik. Software yang saya gunakan untuk design PCB ini adalah Protel DXP 2004. Ia amat mudah digunakan dan friendly user. Ia boleh digunakan untuk membuat design single layer ataupun lebih. Kebiasaanya hanya single layer dan double layer yang digunakan.

Read more… »