PIC Lesson: Timer Module


Timer Module adalah salah satu fungsi dalam PIC untuk melakukan timer dan juga counter. Terdapat tiga jenis timer dalam PIC16 iaitu Timer0, Timer1 dan Timer2. Timer0 dan Timer2 adalah 8bit counter manakala Timer1 adalah 16bit counter.

Address-address yang terlibat dalam Timer0 adalah OPTION_REG dan TMR0, address untuk Timer1 adalah T1CON, TMR1H dan TMR1L manakala address untuk Timer2 adalah T2CON dan TMR2.

OPTION_REG ini menetapkan prescaler untuk TMR0 dan juga WDT (Watchdog Timer) dengan menetapkan PSA (OPTION_REG<3>). Prescaler adalah nilai untuk mengurangkan frequency tinggi kepada frequency rendah dengan cara pembahagian. Jika prescaler disetkan kepada TMR0, bermakna tiada prescaler untuk WDT dan jika prescaler disetkan kepada WDT, tiada prescaler untuk TMR0. TMR0 mengira dari 00h-FFh.

Timer1 pula adalah 16bit counter, oleh itu ia membabitkan dua address iaitu TMR1H dan TMR1L. Timer1 dihidupkan dengan setkan TMR1ON (T1CON<0>). Prescaler Timer1 ditetapkan oleh bit5-bit4 T1CON. Timer1 juga boleh menggunakan clock luaran pada pin RCO/T1OSO/T1CKI dan ditetapkan oleh TMR1CS (T1CON<1>). Timer1 mengira dari 0000h-FFFFh.

Timer2 adalah 8bit counter. Timer2 mempunyai period register, PR2. Timer2 mengira dari 00h hingga sama dengan PR2, kemudian kembali kepada 00h. Timer2 dihidupkan dengan setkan TMR2ON (T2CON<2>). Prescaler Timer2 ditetapkan oleh  bit1-bit0 T2CON.

Saya menyediakan contoh operasi timer ini. Program di bawah menunjukkan perbezaan dalam 9 condition.

State 1: Ketiga-tiga timer OFF

State 2: Timer0 dihidupkan

State 3: Menukar prescaler Timer0

State 4: Timer1 dihidupkan

State 5: Menukar prescaler Timer1

State 6: Timer2 dihidupkan

State 7: Menukar prescaler Timer2

State 8: Menukar nilai PR2

State 9: Menukar sumber clock Timer1 daripada internal kepada external

Ketika menggunakan external clock, saya menggunakan push button yang dipasang pada pin RC0 sebagai sumber clock. Oleh itu, Timer1 akan bergerak ketika push button di tekan.

Berikut adalah videonya.

PIC Source Code

Sertai Telegram Group bagi dapatkan source code


20 responses to “PIC Lesson: Timer Module”

  1. salam shahrul.

    wahhhhhhhhh blog ilmu yg bagus ni
    akak keja bidang elektronik gak ni
    boleh cari2 ilmu disini ya
    akak dan link
    tq for sharing

  2. Boleh you buat program untuk mcu lain selain dari PIC for example Renesas, NEC, Panasonic etc. Biasa kalau program sahaja berapa you charge (PIC)?

  3. Alhamdulillah…sekurang2nya ada anak jati pahang yg mencurahkan ilmu dan pengetahuan kpd awam yang sangat bermanafaat..Apa yg terharu buat saya..kamu dan saya adalah sama dr teknik1 ktn dan sama2 blajar diUitm yg dulunya dikenali sbg ITM ketika saya keluar dari sana pd thn 1988..

    Sharul..apa saya nak minta tlg..kalau kamu dapat mengajar kami menggunakan Software 2004 DXP Protel secara bersemuka dan kami bersedia membayar kosnya..

    Saya berharap ia dapat dilaksanakan..
    t.k

  4. aslkm abg….
    sy nk tny abg tntng projek final…
    klau sy nk tempah projek kat abg blh x???
    sy nk buat mesin tanam jagung….
    harap abg blh mmbntu dn mmbls komen sy…
    jsa baik abg sngt sy hargai….
    aslkm…….

  5. Assalamualaikum ,

    Boleh saya tahu bagaimana nak hasilkan fail seperti di bawah.

    #include “LibraryHardware.h”
    #include “LibraryPeripheral.h”
    #include “LibraryUniversalDisplay.h”

  6. Minta maaf encil Shahrul saya masih lagi keliru mengenail fail .h tu. Apa yg perlu saya taip dalam notepad sebelum saya save menjadi fail .h

  7. nak tanya satulah nape bila saya masukan arahan

    void interrupt ()

    arahan ni tidak diterima begitu juga arahan

    OPTION_REG

    bila compile ada masa

    harap sudi bantu.

    • Zailah, OPTION_REG nama register yg dah ditetapkan dlm Hi-Tech PIC16 V9.83. Version yang lama guna OPTION kalau x silap. Jadi kena update Hi-Tech yg terbaru.

Leave a Reply to birU Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *