Relay adalah sejenis suis, iaitu suis yang beroperasi daripada isyarat elektrik. Kebanyakan relay menggunakan electromagnet untuk mengubah suis atau contact relay. Terdapat dua jenis contact relay iaitu Normally Open (NO) dan Normally Close (NC).
Maksud Normally Open adalah suisnya tidak bersentuhan atau suis terbuka sebelum relay dihidupkan manakala Normally Close adalah suisnya telah bersentuhan atau suis tertutup sebelum relay dihidupkan. Mengikut gambarajah skematik di atas, pin no 2 adalah NC, pin no 3 adalah NO manakala pin no 1 adalah Common.
Relay yang mempunyai satu common dikenali ‘single pole’ manakala relay yang mempunyai dua common dikenali ‘double pole’. Relay yang mempunyai NO dan NC dikenali dua arah atau ‘double throw’. Terdapat juga relay yang hanya memiliki NO sahaja, jadi relay seperti ini dikenali satu arah atau ‘single throw’. Oleh itu, terdapat beberapa kombinasi relay iaitu Single Pole Single Throw (SPST), Single Pole Double Throw (SPDT), Double Pole Single Throw (DPST) dan Double Pole Double Throw (DPDT).
Electromagnetic relay mempunyai coil untuk menghasilkan elektromagnet bagi menggerakkan contact relay. Oleh kerana relay ini memiliki bahagian mekanikal yang bergerak, relay tidak boleh di hidupkan dan di matikan dengan cepat. Sebagai altenatif, terdapat solid state relay. Solid State Relay adalah komponen elektronik solid state yang berfungsi sama seperti elecromagnetic relay tetapi tidak mempunyai mekanikal yang bergerak. Ini meningkatkan jangka hayat Solid State Relay.
Aplikasi relay adalah untuk mengawal litar voltan tinggi daripada litar voltan rendah. Contoh litar di atas adalah untuk menghidupkan atau mematikan litar arus ulang alik AC (Alternating Current) daripada litar yang bervoltan rendah melalui microcontroller. Aplikasi lain adalah untuk mengawal laluan arus daripada sumber voltan arus terus, contohnya untuk mengawal arah pusingan DC Motor.
19 responses to “Relay”
salam ..
terima kasih share ilmu ni
akak mmg guna menda ni dlm kerja
tapi dah study lama dah tinggal
kadang2 dah lupa litar relay ni
tq…
=)
selalu dengar istilah ni..tapi macam2 explanation..terima kasih fakta yg terperinci ni 🙂
ada x jumpa gabungan transistor NPN n PNP yang fungsinya sama mcm relay?
Itu boleh guna mosfet atau IGBT untuk menggantikan relay. Ada juga relay dlm bentuk solid state iaitu reed relay.
bleh x bg lg jenis2 riley yg ada
Baca kat http://en.wikipedia.org/wiki/Relay Tak semua relay biasa digunakan.
Salam;
Penerangan yang baik dan sgt berguna, pujian untuk en shahrul. Apa fungsi diode 1N4001 didalam litar relay ni? Banyak litar elektronik yang pakai component ni, berbeza dengan litar electrical control(plc wiring).
Fungsi diode di relay sebagai ‘free wheeling diode’. Ia untuk mengalirkan inductive current yang terhasil oleh coil relay.
Sambungan PLC tak memerlukan diode sebab sudah di pasang di dalam PLC.
tq kerana penerangan yg diberikan
tq….saya mmg perlukan maklumat nie..utk siapkan my final project…
Penerangan yang sangat berguna bagi mereka yang tidak ada asas elektronik terutama sekali pada mereka yang berminat kerja-kerja DIY. Dicadangkan supaya di tunjukkan dengan beberapa contoh relay yang di gunakan pada kenderaan.
bingung ne tentang listrik
cara pemasangan contactor overload and relay gmn yaa
maklum saya dalam tahap belajar yang tau mohon bagi-bagi ilmu nya ya…..???
salam ‘ Haryz Ramadhan
salam…sy nk tnye…bolehkah PLC dihubungkan dgn visual basic dan bagaimana caranya???…sbb projek sy ni memerlukan visual basic sebagai interface untuk menjalankan program PLC..pertolongan amat dihargai 🙂
ws, mohd afiq. Saya rasa boleh hubungkan PLC dgn VB. Saya belum cuba lagi. Nak buat, kena belajar Modbus.
salam..nak tanya sikit..boleh tak kalau relay asal tu 30amp ditukar dengan nilai yang lebih besar sikit untuk lampu kereta?
ws, nizam. Kalau relay current besar, lebih bagus guna Mosfet.
dari VB kita boleh sambungkan relay 9v dc yang boleh menghubungkan 24V dc kepada plc. 24v dc digunakan sebagai input kepada plc. Gunakan pc atau laptop yang ada serial port untuk menghubungkan VB ke 9V dc.
Sy nak tau brape current diperlukan dlm relay 5pin SPDT?
saya nak tanya penggunaan litar relay yang mna elok untuk penggunaan aquarium yang detect arus elektrik.