Tahu tak PIC? PIC adalah microcontroller yang di keluaran oleh Microchip Technology. PIC ni popular kerana harganya murah. Anda boleh gunakan assembly language atau C language untuk memprogram PIC. Menggunakan assembly language membolehkan programmer mengarahkan apa yang processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language. Menggunakan C language pula, memerlukan anda menggunakan C compiler. Bagi PIC, kiranya telah wujud banyak compiler. Menggunakan C language juga adalah lebih mudah di fahami berbanding assembly language.
Ketika mula-mula saya belajar PIC menggunakan assembly language. Saya menggunakan software MPLab untuk membuat programming. Pada ketika itu, saya belum menjumpai compiler yang boleh di gunakan untuk PIC. Kemudian sejak keluarnya MPLab version 8.20, telah tersedia dengan Hi-Tech Compiler. Kini saya selesa menggunakan C programming dengan Hi-Tech compiler ini.
Saya biasa menggunakan PIC16F876A dan PIC16F877A. Anda boleh download datasheet PIC16F87XA di sini. Antara features yang ada pada PIC ini adalah I/O Ports, Timer, Pulse Width Modulation (PWM) Module, Master Synchronous Serial Port (MSSP) Module, Addressable Universal Synchronous Asynchronous Receiver Transmitter (USART), Analog-to-Digital Converter (ADC) Module dan Comparator Module. Untuk basic schematic untuk PIC16F877A adalah seperti di bawah.
57 responses to “Apa Itu PIC?”
sy nak tanye tentang programming PIC?macam mane penggunaan bahasa dalam PIC?
Programming PIC menggunakan Assembly Language dan C Language.
pic panel auto gate sy dah rosak. bagaimana sya nak dptkan semula PIC tersebut.
mcm mne nk buat program gne I2P
I2P, Invisible Internet Project? Saya pun belum explore sampai ke situ.
ada beza tak kalo guna servo controller sc16a dgn PIC16F877a dan sc16a dgn PIC16F876..
X de beza, sama je. Kedua-duanya kene guna UART Module.
selain daripada port berbeza, bole tak terangkan perbezaan PIC16F876A dgn PIC16F876A.
lagi satu tolong terangkan A dengan tiada A dibelakang nama PIC tersebut..
tq shahrul
PIC16F876A dan PIC16F877A, PIC16F877A mempunyai lebih banyak port je, dari segi fungsi dan module sama saja.
Yg x de A dan ada A, A lebih baru dan mempunyai kelebihan electrical characteristic, walaubagaimanapun kedua-duanya boleh digunakan.
asalam tuan,
untuk servo motor,kene guna motor driver x?knape?
Servo Motor tak memerlukan driver, boleh sambung terus kepada pin PIC. Tgk lesson Servo Motor.
ade beze ke program klu kite gne pica6f873a or pic16f877
Program x de beza, select device je berbeza.
salam,kalau nk kawal 4 biji IGBT gune PWM gune port mane ye???PWM ade 2 pin je kan???bleh 2 pin 2 nk kawal 4 biji IGBT??
pais, kalau 4 IGBT tu hanya menggunakan 2 signal yg berbeza, boleh guna 2 port PWM. Kalau nak buat coding sendiri, 4 PWM pun boleh. Contoh coding sendiri seperti Coding SPWM.
abg shahrul,nk tnye skit ye…mcmane kite nk test driver n opto couple ok ke x???adakah output driver same je ngan output dr pic yg di programkan…
salam..saya nak tanya pasal penggunaan PIC16F877A untuk megawal rotation DC motor..boleh tak saudara sertakan c code utk kawal DC motor menggunakan MPLAB
am, program DC Motor sudah ada di PIC Lesson DC Motor.
en bagaimana dengan firing thyristor? boleh guna spwm ni ke?
Sab, untuk thyristor boleh juga guna SPWM.
nk tnye, ap beze “kejuruteraan” . . dan “teknologi kejuruteraan” ??
Ikwan, saya pun x pasti. Kena rujuk Pakar Bahasa ataupun Dewan Bahasa. Saya orang teknikal bukan orang sastera.
saya tak beberapa jelas pasal Hi – Tech compiler t/kaseh. En.Shahrulnizam.
yahya, Hi-Tech adalah compiler percuma di htsoft.com
Salam Shahrul,
Saya baru hendak bermula dalam bidang PIC ini. Bolehkah anda beritahu saya apa saya perlu beli?
Terima Kasih
ws Khai. Baru nak bermula, beli komponen untuk buat litar asas PIC diatas ataupun beli board PIC Starter Kit.
salam,
en shahrul boleh sya tahu untuk design circut diatas kita guna software ape?
sya baru nak belajar mengenai pic dan lagi satu program disini boleh compile guna software microcontroller 8051?
ws, saya menggunakan software Altium Designer (Protel). Program PIC x boleh compile dgn microcontroller lain.
salam shahrul, saya nak tanya,sy ada buat project guna c programming untuk masuk ke dalam pic 16f877a ,bila saya nak run project dekat proteus dia tulis “access violation in module ‘PIC16.DLL’ “..saya dah puas tukar macam2 tapi keluar macam ni jugak..ada penyelesaian tak untuk masalah saya..??
ws, laxmana. Saya x tahu guna Proteus.
assalamualaikum encik, boleh x kalau saya nak litar skematik bagi dot matrix????
thanks..
ws, skematik dot matrix boleh tgk kat GSM Signboard dan XBee Signboard.
mcm mane nk buat program coding untuk PIC 16F876A. untuk set masa dan motor????
naa, programkan sendiri.
klu nk program PIC16F887 nk guna sofware ap???
Hamidatin, nak program PIC guna software MPLab. Cara guna MPLab.
tengs..
nape xley nak download mplab 8.20?
hamidatin, sekarang kat microchip.com dah ada MPLab v8.84
boleh x tolong tnjukn cara nk program pic16f887 mnggunakn LED..
hamidatin, dah tunjuk dah kat Lesson LED.
assalamualaikum bro shahrul,,,,
x ader contoh projek sistem penggera dan pengesan asap?
w/salam, hamdan. x de contoh.
salam….
nak bertanya pasal pic, knp sy perlu pegang kaki crystal atau menyentuh mana2 sambungan yang bersambung dengan kaki crystal untuk run program dalam pic tu…
kalau sy tidak memegang, pic tu tak dapat nak menjalankn program yang telah sy burn dalam pic tu…..
w/salam, zaidi. Saya x tahu. Perkara tu tidak sepatutnya berlaku. Ini mungkin kualiti hardware awak teruk.
apa beza pic 16f877a dgn Atmega ae??
Banyak beza PIC dan Atmega. Nak tahu kena belajar kedua-duanya baru tahu perbezaan.
boleh tunjuk cara bagaimana untuk menggunakan PIC16f877A dalam kegunaan sensor InfraRed
Kena ambil kursus face-2-face
salam
saya nak bertanyakan perbezaan pic16f887 dan 16f877A kelebihan dan kekurangan
boleh saya dapatkan no contact awak atau email?
Boleh hubungi whatsapp @ e-mail kat sini http://shahrulnizam.com/about
Arduino dan pic ni dua benda yg berbeza ke atu mcm mna?
Controller yang berbeza.
PIC lebih lama drpd Arduino.
Ada training pic ke tuan..secara zoom ke
Tuan ada tak Traning untuk PIC
Training PIC sudah kurang permintaan. Tapi masih boleh buat training.